Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertimbang Hukuman Penjara Pesalah...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai...

Microsoft Umum Kurangkan Pekerjaan

SAN FRANCISCO - Microsoft mengumumkan akan mengurangkan jumlah pekerjaan susulan laporan gergasi teknologi...

Mohd Ifwat Sedia Diturunkan...

JAKARTA - Penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Malaysia Mohd Ifwat Akmal...

KPJ Diminta Pertimbang Semula...

Itu reaksi yang diberi oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor apabila berita...

UPSI Bakal Jalin Kerjasama Dengan Universiti Turki

TANJUNG MALIM – Turki selewat-lewatnya Mei ini, kata Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Beliau berkata perkara itu dicapai hasil rundingan antara UPSI dengan Duta Besar Turki ke Malaysia yang baharu, Dr Merve Safa Kavakci yang mengadakan kunjungan hormat ke UPSI hari ini.

Mohammad Shatar berkata kerjasama berkenaan termasuk dalam bidang mobiliti, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar dan kakitangan serta menganjurkan persidangan antarabangsa.

“Kertas cadangan bagi tujuan (kerjasama) itu sedang dilakukan bagi membolehkan mereka (delegasi Turki) memilih universiti yang bersesuaian untuk berkerjasama dengan UPSI dalam bidang pendidikan.

“Jalinan kerjasama dengan Turki itu nanti secara tidak langsung akan melonjakkan UPSI sebagai universiti pendidikan terulung di rantau Asia,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini hari ini.


Mohammad Shatar berkata dalam pertemuan itu, Kavakci turut menjelaskan bahawa Turki mempunyai agenda yang tinggi dalam pendidikan yang berperanan penting dalam mendidik generasi akan datang.

“Oleh itu, bagi menjadikan golongan siswazah dari UPSI berkualiti, kita perlu melaksanakan beberapa kerjasama dengan pihak luar seperti Turki untuk melahirkan golongan pendidik yang luar biasa.

“Ini supaya para pelajar yang bakal dididik oleh mereka (golongan pendidik) akan menjadi generasi yang hebat selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya. – BERNAMA

Kategori