Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Miliki Wang...

TAWAU - Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

Inisiatif Sarawak Bantu Bayar...

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu...

Celine Dion Kagum, Anggap...

CELINE Dion menyatakan hasratnya mahu berduet dengan penyanyi lagu Hello, Adele. Penyanyi hebat itu berkata,...

ND Lala Sponsor Single...

PELAKON Kazaruddin Saisi bakal memasuki studio rakaman bagi menerbitkan single terbaharu yang bakal...

Usul Persempadanan Semula Diluluskan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya bagi Tanah Melayu kali Keenam dipersetujui Dewan Rakyat menerusi undian belah bahagian dengan sokongan majoriti  129 Ahli Parlimen dan 80 lain yang menolaknya.

Keputusan itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sejurus selesai penggulungan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pandikar membuat pengumuman tersebut sebelum menangguhkan Dewan yang dijadual bersidang semula pada esok.

Perbahasan dan pengumuman keputusan undian berlangsung dalam keadaan kecoh ekoran protes daripada Ahli Parlimen pembangkang yang turut membawa plakad berwarna kuning bertulis “Bangkit Rakyat Hentikan Penipuan”.

Protes oleh Ahli-Ahli Parlimen ini ialah sebahagian protes Bersih yang diadakan sejak awal pagi di luar kawasan bangunan Parlimen.

Dalam penggulungannya Ahmad Zahid berkata, terdapat 14 cadangan yang disuarakan oleh 14 ahli Parlimen bagi persempadanan semula yang dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 itu.

Tujuh Ahli parlimen dari setiap pihak kerajaan dan pembangkang telah membahaskan usul itu sebelum undian dijalankan.

Pandikar pada Khamis lalu mengumumkan yang usul persempadanan semua akan dibentangkan pada hari ini di Parlimen oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pembangkang bersama pertubuhan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan untuk menentang dan disyaki mengganggu proses pembentangan usul ini, dengan mengadakan perhimpunan di kawasan Parlimen.


Di dalam dewan, Ahli Parlimen DAP (Gelang Patah), Lim Kit Siang mencetuskan kekacauan apabila mendesak Pandikar supaya tidak membenarkan usul itu dibentangkan.

Beliau disokong oleh beberapa Ahli Parlimen daripada DAP Charles Santiago (Klang) dan PAN, Hanipa Maidin (Sepang).

Tindakan Kit Siang itu akhirnya menyebabkan beliau digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana engkar perintah Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya tidak membenarkan usul berkenaan dibentang hari ini.

Kekecohan itu menyaksikan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana ingkar perintah Yang Dipertua Dewan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori