Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Dakwaan Ruang Udara Negara...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran...

Bil Makan Tengah Hari...

SEKEPING gambar yang menunjukkan resit sebuah gerai makanan laut yang didakwa mengenakan harga...

Emir Qatar Tiba Untuk...

SEPANG - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan...

CPRC Sedia Laporan COVID-19...

KUALA LUMPUR - Menyediakan laporan harian dan maklumat terkini COVID-19 dalam masa kurang daripada empat jam setiap hari,...

V Shem-Wee Kiong Raih Slot Suku Akhir All England

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak kemenangan dengan meraih slot suku akhir Kejohanan Badminton All England selepas menyingkirkan beregu tuan rumah di Birmingham, pada Khamis.

Kalah pada set pertama 16-21 tidak menghalang V Shem-Wee Kiong memenangi dua set seterusnya menewaskan Marcus Ellis-Chris Langridge, 23-21, 21-12 biarpun terpaksa bergelut lebih sejam pada pusingan kedua yang berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia.

Cabaran getir menanti mereka selepas ini berdepan beregu nombor dua dunia Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark yang mengetepikan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dalam pertarungan sengit 16-21, 21-16, 21-23.

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei terlebih dahulu mara ke suku akhir di kejohanan berprestij itu dan akan membuat perhitungan dengan musuh tradisi Lin Dan hari ini, menurut laman web kejohanan bwftournament.software.com.

Namun satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia dalam pertarungan sengit 17-21, 22-20, 13-21.


Cabaran pemain perseorangan wanita juga turut berakhir apabila Goh Jin Wei tewas straight set 22-24, 18-21 menentang Aya Ohori dari Jepun. – BERNAMA

Kategori