Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Disaman Ambil Gambar...

SEPANYOL – Jangan cuba ambil gambar kenderaan polis sembarangan, nanti buruk padahnya. Itu...

Suspek Kes Rusuhan Disifatkan...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal...

Syarikat Usaha Sama Akan...

ISKANDAR PUTERI — Sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan antara kerajaan negeri dan...

PH Usulkan Sidang Khas...

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan...

Video: CCTV Bongkar Lelaki ‘Main’ Dengan Motosikal

ALAHAI… Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah apartmen di China membongkar kegiatan pelik seorang lelaki yang mempunyai ‘selera’ lain macam terhadap kenderaan.

Lapor laman Mirror.uk, lelaki berusia lingkungan 40-an itu dirakam melakukan aksi jijik apabila mengadakan hubungan seks dengan sebuah motosikal di kawasan parkir kediamannya.

Berdasarkan video berkenaan, lelaki itu yang berada di sebuah ruang pada mulanya duduk di atas sebuah motosikal dengan seluarnya dibuka.

Dia kemudiannya dilihat ‘mendayung’ beberapa kali, membuatkan motosikal malang itu turut sama terhenjut mengikut rentaknya.

Barangkali curiga terdengar bunyi bising di bilik sebelah, dia dengan cepat berdiri dan memakai seluarnya semula.


Tetapi sebaik sahaja menyedari dia bersendirian, dia tanpa berlengah meneruskan perbuatan jijiknya itu.

Netizen tempatan yang melihat rakaman nyata terperanjat dan dalam masa sama merasakan terlalu lucu untuk ditonton.

“Nama motosikal itu mungkin Sue Zuki,” tulis seorang pengguna Weibo.

Sehingga kini, video berdurasi satu minit 40 saat itu telah ditonton lebih 66,000 kali sejak ia dimuat naik ke laman video Live Leak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori