Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cuma Tangkap Gambar Masalah...

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah...

Pemberian BR1M Wajar Diteruskan...

KUALA TERENGGANU - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi...

TNB Beri Insentif Pasang...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pemilik...

“Dulu RM1 Juta Sehari,...

KUALA LUMPUR - Era kehidupan yang menuntut kita terus berpelitup muka apabila keluar...

Video: “Pacak Lagi Bang, Pacak Sampai Mampus”

AKSI seorang pemuda yang menjawab panggilan telefon ketika sedang melakukan ‘wheelie’ telah mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

Dimuat naik menerusi laman Facebook Metafora anafora, pemuda berkenaan meskipun tidak menggunakan kelengkapan keselamatan dilihat begitu handal mengemudi motosikal dua lejang berkenaan.

Sedang pemuda itu ligat ‘berpacak’, dia bagaimanapun berhenti seketika selepas telefon bimbitnya berdering dengan nada bunyian klasik iPhone.

“Hello asalamualaikum tuan, nak tanye kat mana kau beli iPhone haritu?” soalnya kepada pemanggil.

Si pemanggil itu kemudian memberitahu peranti pintar jenis iPhone yang dibelinya adalah melalui laman sosial Instagram.

“Ah kau ni semak la time aku nak main wheelie la time tu la kau nak tanye aku beli dekat mana. Aku beli dekat IG, aku beli dekat iPhone.AAZ,” balas pemanggil itu.


Video berdurasi kira-kira satu minit itu kemudiannya tular sehingga menerima lebih daripada 34,000 ribu tontonan tidak sampai 24 jam ia dimuat naik di laman Facebook.

Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menjelaskan video tersebut hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran yang ingin memperkenalkan produk atau perniagaan mereka kepada pengunjung.

Namun aksi yang ditampilkan lelaki itu yang jelas mempromosikan budaya rempit dianggap tidak sepatutnya digunakan lebih-lebih lagi ia hanya membawa konotasi negatif kepada golongan belia.

“Tiada apa yang perlu dibanggakan, mentaliti orang kita yang suka viralkan (tular) budaya rempit ni elok kena gilis dengan lori jer,” tulis Nursyafiqah Ali

Fahmi Daud pula menulis, “Inilah yang menjadi kebanggaan Melayu, skill-skill pacak memacak ini sememangnya menaikkan lagi bangsa kita di mata dunia. Tahniah!” -MYNEWSHUB.CC

Kategori