Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ranking 170 Terbaik Dunia:...

APABILA peminat berang dengan kedudukan Harimau Malaya sebagai pasukan ke 170 Terbaik Dunia...

“Ubah Tradisi UMNO, Bagi...

SHAH ALAM ā€“ Sebagai permulaan baharu, UMNO digesa untuk membuang tradisi lama yang...

Dua Kali Masuk Kawasan...

KUCHING - "Sebelum kejadian saya dapat lihat suami di bahagian dapur restoran tersebut,...

Nelayan Pantai Di Perlis...

KUALA PERLIS - Kira-kira 1,000 nelayan pantai di negeri ini lega dengan jaminan...

Video: Pengawal Keselamatan Dikasari Staf MPKJ

HANYA kerana diminta butir pengenalan diri, seorang lelaki dirakam bertindak agresif menampar pengawal keselamatan yang bertugas dalam kejadian di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemandu Perodua Myvi itu terus melulu keluar dari kenderaanya sebelumĀ menolak mukaĀ pengawal keselamatan berasal dari Nepal itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, Kumal Dilbahadur, 27, kejadian itu berlaku pada 5 Mac lalu ketika dia sedang bertugas di Bangi Golf Resort.

“Sebuah kereta Perodua Myvi telah berhneti di Pondok Pengawal dan pemandunya telah keluar dan terus menghampiri saya lalu menumbuk pipi sebelah kanan saya.

“Punca dia berbuat demikian kerana saya telah meminta dia mengeluarkan butiran diri untuk saya uruskan pendaftaran masuk,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari kejadian.

Kumal kemudian menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada penyelianya yang kemudian datang berjumpa dengan lelaki terbabit.


“Selepas penyelia saya menerangkan tujuan meminta butiran diri pengunjung, lelaki itu terus memberi kerjasama dan menyerahkan butiran dirinya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Lelaki itu juga memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan MPKJ kepada penyelia saya,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar lelaki berkenaan dan meminta pihak majikannya mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit.

“Direct ke pegawai atasan MPKJ, confirm kena tindakan tatatertib. Pengawal Keselamatan itu hanya menjalankan tugas sahaja.

“Sebagai Pengawal Keselamatan, jangan takut kerana kamu berada dalam bidang keselamatan, memang patut buat kerja. Lelaki itu patut hormat kerja orang,” kata seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori