Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kawalan penularan COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif apabila kadar...

PAS Johor Kecam Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Johor (DPPJ) menyokong penuh gesaan PAS Pusat...

Amah Lari, Bayi Ditinggalkan...

SEORANG pembantu rumah tergamak meninggalkan bayi lelaki berusia sembilan bulan bersendirian selepas melarikan diri...

Bomba Nafi Lewat Tiba...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu...

Video: Rompak Tak Menjadi, Sudahnya Dicekup!

IPOH – Malang bagi seorang penjenayah berusia 34 tahun apabila dia berjaya dicekup orang ramai dalam cubaan samun pemilik kedai di Panorama Lapangan Perdana di sini, petang kelmarin.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju putih dan bertopi keledar itu bertindak mengacukan parangnya kepada wanita yang berada di kaunter kira-kira jam 4 petang.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, mangsa terus mengambil kerusi yang diduduknya dan cuba mengacah bagi menghalau suspek daripada cuba mencederakanya.

Lelaki itu kemudian dilihat seakan membatalkan ‘niatnya’, lalu terus beredar keluar daripada premis tersebut.


Namun malangnya apabila orang awam yang berada di kawasan sekitar terus menangkapnya ketika dia cuba melarikan diri dengan motosikal.

Suspek yang difahamkan berasal dari Jalan Pasir Puteh itu bengkak di kedua-dua tangan dan dahi selain sakit seluruh badan.

Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori