Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dihukum Tidur Di Kubur...

PADAH... Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja tempatan dari Kampung Bojong Liyo di...

Stor Tayar Di Taiping...

TAIPING - Pemilik stor yang menyimpan pelbagai jenis tayar di kawasan perusahaan Kamunting...

Murid Dakwa Tulang Belakang...

JERLUN - Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat...

Singapura Usir Tiong Suka...

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut...

Video Viral: Tak Beri Signal Punya Pasal…

OLEH kerana kecuaian pemandu kereta, dua penunggang motosikal terpaksa menanggung akibatnya apabila dirempuh pemandu terbabit dalam kejadian di Lebuhraya Kemuning Shah Alam, di sini, awal pagi tadi.

Menerusi rakaman video pendek yang kini giat dikongsikan oleh netizen, insiden cemas yang berlaku kira-kira  jam 10 pagi itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer.

Dapat diperhatikan tindakan pemandu MPV Naza Ria itu menukar lorong secara tiba-tiba tanpa memberi signal.

Perkara itu lantas menyebabkan seorang penunggang motosikal yang berada di lorong berkenaan terbabas ketika cuba mengelak kenderaan terbabit.

Lebih malang lagi, apabila seorang lagi penunggang motosikal yang berada di hadapanya turut terkena muncung hadapan motosikal berkenaan, menyebabkan dirinya juga terjatuh.


Pemandu MPV itu kemudiannya dilihat meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran dengan bantuan orang ramai.

Rakaman pendek berdurasi 17 saat itu kemudian mengundang kecaman daripada netizen yang nyata berang dengan sikap pemandu terbabit yang memaadu secara sombrono lagi menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori