Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Rapper Singapura Buka...

SINGAPURA - Pelaburan rapper Melayu terkenal Singapura, Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai membuka...

14 Nov Sebutan Semula...

GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Nov untuk...

Harga Minyak Dunia Akan...

BANGKOK – Keputusan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) memboikot hingga 90 peratus minyak dari...

298 Pemilik Kenderaan Perbaharui...

JASIN - Sebanyak 298 pemilik kenderaan persendirian di Melaka telah memperbaharui lesen kenderaan...

Video: “Ya Allah, Teruk Betul Keadaan Lif”

KEPONG – Berang apabila lif sering rosak, seorang penduduk di Flat Sri Segambut, di sini, meminta pihak bertanggungjawab segera membantu menyelesaikan masalah berkenaan yang sering melanda di perumahan itu.

Menerusi perkongsiaan daripada Lyana Jemaludin di laman Facebook, dia mendakwa pihak pengurusan flat kediamanya itu seolah tidak  mengambil tindakan segara malah membiarkan penduduk berdepan risiko bahaya ketika menggunakannya.

Tidak setakat itu, beberapa keping gambar yang dimuat naiknya turut memaparkan keadaan ‘kritikal’ lif rumah pangsa itu sehingga ia mendapat perhatian daripada rata-rata pengguna media sosial.

Difahamkan, dua lif kediamannya itu sudah hampir sebulan rosak namun sehingga kini tiada sebarang usaha diambil pihak pengurusan untuk mengatasi masalah itu.

“Mula-mula asyik rosak je dan paling lama pun sebulan lebuh. Tapi makin lama makin teruk. Sekarang berapa lama lagi nak tunggu lif ni elok? Setahun, dua tahun? Mana pergi pihak pengurusan?


“Pintu hilang dan berlubang, dah la lif memang tinggal satu je untuk kegunaan penghuni flat sebab lif bomba memang dah lame rosak. Tapi sekarang, dua-dua lif dah tak berfungsi,” katanya.

Dia berharap tindakan selanjutnya dapat diambil dalam mengatasi masalah ini memadangkan lif berkenaan digunakan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas.

“Sedih la dengan keadaan lif macam tuh, bahaya untuk penduduk flat sri segambut lebih-lebih lagi buat warga emas, wanita mengandung dan kanak kanak.

“Mohon pihak pengurusan yang berkenaan bantu untuk menyelesaikan masalah ini, tolong buat sesuatu. Kami semua tak sanggup lah nak macam ini,” katanya.

“Bila bising dan memberontak, korang (pengurusan) marah dan maki hamun penghuni, tapi apa yang korang buat? Duduk goyang kaki? Kami penduduk ada hak nak bersuara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori