Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Langgar Kereta Dari Belakang...

KLANG - Empat lelaki tempatan diberkas kerana disyaki melanggar sebuah kenderaan dari belakang...

PAM Anjur Pertandingan, Tawar...

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Cawangan Selatan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Masjid...

Tiada Kerja Pembinaan Ketika...

GEORGE TOWN - Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar...

Operasi Selamatkan Lelaki Terjun...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang menjalankan operasi mencari dan...

Vokalis Kumpulan Putera Band, Haziq Makin Pulih

KEADAAN kesihatan vokalis Putera Band, Muhammad Haziq Putera atau lebih dikenali sebagai Haziq kini dilaporkan semakin baik.

Memetik laporan BH online, ibu kepada vokalis tersebut iaitu Norhaslinda Ishak berkata Haziq kini tidak lagi perlu memakai alat bantuan pernafasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ketika melawatnya tengah hari tadi, keadaan Haziq sudah stabil. Dia juga sudah tidak memakai alat bantuan pernafasan lagi. Hanya tiub yang masih digunakan untuk paru-parunya kerana bengkak pada bahagian itu belum baik.

“Alhamdulillah, kecederaan lain semakin beransur sembuh. Cuma, buat waktu ini Haziq belum boleh bangun berikutan kecederaan pada tulang tengkuk, selain patah tulang rusuk.

“Keadaan itu menyukarkan dirinya untuk berdiri. Ketika ini, makanan pun hanya disentuh dalam kuantiti yang sedikit,” kata Norhaslinda.

Kata Norhaslinda lagi, keadaan anaknya itu dilihat lebih baik berbanding sebelum ini dan mengatakan berkemungkinan besar Haziq terus diberikan rawatan di HKL bagi tempoh seminggu lagi.


“Harapan kami, ia jadi petanda ke arah perubahan yang lebih positif, insya-Allah. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat dan mereka yang mendoakan kesihatannya,” tambah beliau.

Baca: Vokalis Putera Band, Haziq Terlibat Kemalangan

Terdahulu, Haziq dimasukkan ke Wad Kecemasan HKL selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan melibatkan sebuah lori di Setapak, Kuala Lumpur pada Rabu.

Difahamkan, mangsa terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal untuk keluar membeli sarapan di kawasan kediaman mereka, kira-kira 9.30 pagi tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori