Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

42 Premis Makanan Diarah...

SHAH ALAM: Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus...

Kes Ikat Kanak-kanak Di...

KUALA LUMPUR - Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak...

Pegawai Polis Dikaitkan Geng...

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan G S Baldev Singh...

Awasi Yahudi Bani 13...

BAGI yang puluhan tahun gembira melihat UMNO dan PAS bertegang urat dalam kancah politik...

Wabak Demam Kuning Melanda Brazil

RIO DE JANEIRO – Wabak demam kuning yang melanda ibu kota Brazil dan kawasan sekitarnya semakin menular dengan sekurang-kurangnya 237 orang maut manakala 723 orang lagi disahkan dijangkiti virus tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Brazil, peningkatan mendadak tersebut amat membimbangkan kerana ia tidak pernah berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Program vaksinasi di Rio de Janeiro turut digerakkan bagi mengekang penularan virus tersebut.

Antara simptom-simptom jangkitan demam kuning adalah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit belakang, lidah merah, muka kemerahan, dan mata menjadi merah.

Memetik laporan Astro Awani, seramai 10 juta penduduk telah berjaya mendapatkan vaksin tersebut manakala empat juta lagi masih berisiko dihinggapi virus berkenaan sehingga semalam.

Rio de Janeiro adalah negeri yang paling terjejas virus ini diikuti Sao Paulo dan Minas Gerais.


Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama yang dicatatkan tahun lalu iaitu seramai 187 orang maut.

Sepanjang tempoh Julai 2017 hingga 23 Januari tahun ini, 130 kes disahkan dijangkiti virus dan 162 kes disyaki di dua bandar terbesar di rantau itu iaitu Sao Paulo dan Rio de Janeiro.

Manakala Mac 2017, dilaporkan mencecah 400 kes demam kuning yang melibatkan 80 buah bandar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran untuk semua pelancong supaya sentiasa berwaspada pada 16 Januari lepas. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori