Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tayar Dikunci: Penduduk Bandar...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diminta untuk mengkaji semula penguatkuasaan tindakan...

18 Jemaah Cedera Insiden...

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, di Makkah. Akhbar al-Riyad...

Mudah Percaya Orang Punca...

PELAKON Uqasha Senrose sebelum ini pernah melancarkan koleksi jenama tudungnya sendiri seperti kebanyakan...

PM Britain ‘Terkejut Dengan...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May, pada Selasa berkata beliau "terkejut dengan...

Wabak TB Di Seremban Tidak Benar – Dr Zainudin

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan hari ini menafikan berleluasanya penyakit tuberculosis (TB) di sekitar daerah ini seperti yang ditularkan media sosial.

Pengarahnya Dr Zainudin Mohd Ali berkata semakan dan verifikasi pemantauan mendapati berita mengenai penyakit berkenaan adalah tidak benar.

“Semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit di Seremban mendapati tiada wabak penyakit tuberculosis di AEON Jusco, Mahkamah dan Kolej Alpha di Seremban 2 seperti yang ditularkan.

“Justeru itu, saya menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita yang belum disahkan kesahihannya. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan masyarakat keliru.


“ Penyakit tuberculosis di Negeri Sembilan adalah terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Zainudin berkata orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat tepat berkaitan apa jua wabak penyakit di Negeri Sembilan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk pengesahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tibi

Kategori