Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hampir 300,000 Payung Hilang...

BEIJING - Ssebuah syarikat yang berpangkalan di Shenzen baru-baru ini mengumumkan ia kehilangan...

Thaipusam Kekal Bukan Hari...

SINGAPURA – Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bertegas menyatakan, Thaipusam tidak akan dijadikan sebagai...

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING - Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi...

AirAsia Jadi Syarikat Penerbangan...

SEPANG - AirAsia menjadi syarikat penerbangan rakan kongsi rasmi bagi Sukan Asia Tenggara...

Wanita Cedera Parah Apabila Pacuan 4 Roda Terbabas

BINTANGOR – Seorang cedera parah manakala enam orang lagi cedera ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan di Skim B, Jalan Pasi, Meradong dekat sini hari ini.

Kesemua mangsa yang berusia antara 18 hingga 75 tahun itu mempunyai ikatan kekeluargaan. Ketika kejadian pada 1 tengahari kenderaan yang mereka naiki sedang melalui laluan Julau–Sarikei.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu mangsa cedera parah ialah seorang wanita dikenali sebagai Mena Anak Mat berusia 51 yang tersepit di tempat duduk belakang.

Katanya, mangsa dikeluarkan dari kenderaan tersebut oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Sarikei.

Mangsa lain berjaya keluar sendiri dari kenderaan pacuan empat roda itu sebelum ketibaan anggota bomba. – BERNAMA

Kategori