Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Salleh Seru Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Ramdan, Chi Wing Bakal...

IPOH - Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan bakal ditentukan esok antara Misbun Ramdan Misbun...

Sapu Glitter Berkilat Kat...

NAK tahu trend terkini 2017? Pelik tapi nampaknya glitter atau serbuk warna warni...

Annuar Musa Yakin UMNO...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO...

Wanita Dengan Tanda Lahir Di Muka Bertukar Wajah

NAMA Goar Avetisian bukan asing lagi di Rusia malah jurusolek ini mempunyai kira-kira 4.5 juta pengikut dalam Instagram. Goar terkenal kerana dia sering menawarkan untuk menyolek wanita yang tidak pernah melakukan solekan.

Ia termasuk mangsa penderaan rumah tangga dan wanita yang mempunyai kesan parut atau luka terbakar.

Baru-baru ini, Goar telah menyolek seorang wanita yang menghidap sejenis penyakit di mana mukanya dipenuhi dengan tanda lahir.

Wanita itu, Irina Pavlutskaya, yang berasal dari bandar Yakutsk, sebelum ini menjadi perhatian media apabila dia bertemu semula dengan ibu kandungnya yang terpisah sejak dia masih bayi.

Selepas melihat berita mengenai pertemuan Irina dengan ibunya, Goar telah menghubungi Irina dan menawarkan untuk membuat solekan.

Dengan menggunakan warna merah, Goar menutup tanda lahir di muka Irina sebelum menyapu bedak asas.

“Saya memutuskan untuk mencuba dan menutup tanda lahir pada muka Irina supaya sekurang-kurangnya dia dapat melihat wajahnya tanpa tanda berkenaan walaupun dalam sehari,’’ kata Goar.


Hasilnya, wajah Irina kelihatan menarik tanpa tanda lahir itu.

Disebabkan mukanya dipenuhi tanda lahir itulah maka Irina telah dibuang oleh ibu bapanya ketika masih bayi. Bagaimanapun menerusi satu program di televisyen di Rusia, Irina berkesempatan untuk bertemu semula dengan ibunya.

Ternyata ibunya menyesal kerana meninggalkan Irina dan memohon maaf kepada anaknya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori