SEORANG ahli perniagaan wanita yang berusia 29 tahun, telah dibunuh manakala kepalanya dipenggal selepas dia enggan melakukan seks dengan bekas kekasihnya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Ukraine.Ā Mayat Anna Ergieva ditemui oleh ibu bapanya yang mengunjungi rumah wanita itu selepas mereka gagal menghubunginya.
Hanya badan Anna sahaja ditemui dalam keadaan berlumuran darah di rumah itu sementara kepalanya disumbat di dalam beg bersama barang kemasnya dan ditanam di tempat lain.
Bekas kekasihnya kemudian mengaku melakukan perbuatan keji itu kerana cembura selepas Anna menolak kehendak seksnya.
“Seluruh bilik dipenuhi dengan darah termasuk set TV. Kami yang menghubungi polis,āā kata bapanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Lelaki itu merupakan seorang chef dan bekas rakan sekelasnya. Selepas membunuh Anna, dia cuba mengelar pergelangan tangannya.
Sebelum kejadian, kedua-duanya bersembang melalui dalam talian dan lelaki itu memutuskan untuk berjumpa dengan Anna. Namun apabila Anna enggan melakukan seks, lelaki tersebut menjadi marah dan menembak kepala wanita malang itu.
Dia kemudian memotong kepala Anna kerana tidak mahu polis menemui peluru itu. Lelaki terbabit kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.
“Mangsa cuba memohon bantuan ketika kejadian namun gagal,āā kata polis. – MYNEWSHUB.CC