Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Unit 1MDB Lunas RM3...

KUALA LUMPUR - Powertek Investment Holdings Sdn Bhd, unit 1Malaysia Development Bhd (1MDB),...

Bella Kurus, Muka Berparut...

Kuala Lumpur : Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin,...

Penganggur Didakwa Bunuh Anggota...

KLANG - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Israel Gempur Gaza Ketika...

RAFAH : Israel melancarkan serangan terbarunya hari ini di bandar Rafah, selatan Gaza,...

Wanita Gagal Cubaan Bunuh Diri

KOTA KINABALU – Cubaan seorang wanita terjun dari jambatan disyaki untuk membunuh diri gagal apabila sempat diselamatkan oleh orang awam yang berada di jambatan berhampiran sebuah bangunan pusat beli belah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, wanita berusia 38 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang sebelum seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati seorang wanita dipercayai cuba terjun dari jambatan untuk membunuh diri.

“Bagaimanapun, tindakan wanita itu berjaya dihalang oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

“Wanita itu kemudian pengsan sebelum dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Khatizah berkata, mangsa dihantar menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS). – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori