Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Program Podium Bagus, Cuma...

KUALA LUMPUR - Program Podium merupakan satu program yang bagus dan perlu dikekalkan...

MCA Guna ‘Formula’ 50...

TANGKAK - MCA bakal menggunakan 'formula' 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding...

Kerajaan Selangor Tolak Kenaikan...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menolak kenaikan kadar tol di 18 lebuh...

Persatuan India Cadang Tony...

KUALA LUMPUR - Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) meminta kerajaan menyerahkan syarikat penerbangan...

Wanita Maut Dirempuh Uber Tanpa Pemandu

ARIZONA – Kereta tanpa pemandu perkhidmatan Uber melanggar mati seorang wanita yang sedang melintas jalan di Arizona, kata polis semalam.

Ia menjadikan kematian pertama disebabkan kenderaan tanpa pemandu dan menjadi tamparan kepada teknologi yang dijangka dapat membaharui sistem pengangkutan.

Elaine Herzberg, 49, sedang menuntun basikalnya di luar lintasan pejalan kaki di jalan raya empat lorong di Tempe pada jam 10 malam apabila dirempuh kenderaan tanpa pemandu Uber yang bergerak pada kelajuan 65 kilometer sejam.

Mangsa meninggal dunia di sebuah hospital akibat kecederaan dialaminya.

Menurut syarikat itu, ia menggantung ujian kereta tanpa pemandu di Amerika Utara yang kini dilakukan di Arizona, Pittsburgh dan Toronto.

Kereta robot itu apabila siapa dibangunkan beberapa syarikat termasuk Uber, Alphabet Inc. dan General Motors Co., diharapkan dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan kenderaan bermotor dan menghasilkan perniagaan berbilion dolar.


Namun kemalangan semalam menggariskan cabaran dihadapi teknologi itu apabila kereta berhadapan keadaan dunia sebenar membabitkan manusia.

Ahli perundangan Amerika Syarikat berdebat mengenai peraturan yang memperkenalkan had kelajuan kereta tanpa pemandu.

“Kemalangan tragik itu menggariskan mengapa kita perlu amat berhati-hati apabila menguji dan menggunakan teknologi kenderaan tanpa pemandu di jalan raya,” kata anggota Jawatankuasa Pengangkutan, Senator Edward Markey, dalam satu kenyataan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori