Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Menantu Zahid Turut Diambil...

PUTRAJAYA – Menantu kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu...

CNY: Pejabat Imigresen Ditutup

KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara termasuk cawangan di...

Tiga Kertas Siasatan Dibuka...

Kerajaan telah membuka tiga kertas siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Sarawak Masih Tunggu Penjelasan...

KUCHING - Sarawak masih menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai komitmen kerajaan dalam isu...

Warga 4 Briged Mekanize Diseru Tingkat Kesiagaan

KUANTAN – Kesemua warga Markas 4 Briged (Mekanize) diseru supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan aset pertahanan di tahap terbaik untuk memastikan pasukan itu sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang situasi ancaman musuh.

Panglima 4 Briged (Mekanize), Brig Jen Datuk Md Din Abu berkata nilai keseluruhan aset dimiliki ATM dalam kem itu sahaja berjumlah RM3.9 billion yang memerlukan penjagaan rapi dari semasa ke semasa.

“Aset ditempatkan di kem ini adalah bukti tahap kesiagaan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi ancaman dan cabaran daripada pihak musuh.

“Ia merupakan pelaburan kerajaan bagi memastikan ATM memiliki aset canggih dan terkini yang mampu digerakkan apabila diperlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Markas 4 Briged (Mekanize) ke-55 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abd Rahman.

Majlis turut diserikan dengan perarakan 28 kereta perisai dan gempur infantri Malaysia (MIFV), ACV 300 Adnan dan Gempita milik ATM.

Kereta perisai MIFV buatan Korea Selatan itu mula berkhidmat untuk 4 Briged Mekanize pada 1993 bagi menggantikan Sibmas yang digunakan pada 1990.


ACV 300 Adnan yang dibina di Turki, pula diterima oleh briged pada 2000 dan sehingga kini ATM memiliki 221 unit ACV berkenaan.

Gempita pula dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember 2014 dan kini digunakan pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Sabah.

Selain itu, Md Din meminta semua pegawai dan anggota 4 Briged (Mekanize) menjaga nama baik pasukan untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada tentera.

‘Ini kerana segala tindak tanduk warga tentera sentiasa menjadi perhatian dan imej tentera yang terlatih dan mahir perlulah ditonjolkan untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada tentera,” katanya. – BERNAMA

Kategori