Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Suarakan Rasa Prihatin...

PUTRAJAYA - Dalam melahirkan rasa prihatin dengan dengan keadaan di Gaza yang semakin...

Tumbukan Maut Kekasih Curang...

New York - Hubungan percintaan songsang sepasang gay sejak lapan bulan lalu berakhir...

SPRM Cari Bekas Penolong...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang bekas...

Isteri Merana Kekasih Gelap...

MEMANG sedih mengenangkan nasib seorang ibu tunggal yang telah kematian suami ni.Disangkakannya setelah...

Dunia Diancam Kekurangan Air Menjelang 2050

DUNIA perlu mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan bekalan air bersih yang cukup dan pada masa sama melindungi manusia daripada kemarau dan banjir.

Menurut Laporan Pembangunan Air Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018 yang dibentangkan Isnin lalu, populasi global yang terus meningkat, pemanasan suhu global dan pada masa sama bekalan air yang merosot bakal menjadi ancaman kepada penduduk bumi.

Audrey Azoulay, pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya PBB (UNESCO) yang menyelaraskan laporan itu berkata dunia mesti mencari penyelesaian baharu untuk menangani “peningkatan ancaman terhadap keselamatan air berpunca daripada peningkatan populasi dan perubahan iklim.”

Menurut laporan itu lagi, 5 bilion orang berpotensi berdepan kekurangan air menjelang 2050 disebabkan perubahan iklim, pertambahan permintaan dan bekalan tercemar.

Laporan tahunan dibentangkan di Forum Air Sedunia itu juga memberi amaran berlakunya konflik ancaman terhadap tamadun manusia sekiranya langkah mengurangkan tekanan terhadap sungai, tasik, air bawah tanah, kawasan paya dan tadahan tidak dikurangkan.

Laporan yang dikeluarkan di Brasilia, bandar di Brazil yang sedang dilanda kemarau itu menggesa penyelesaian melalui cara alami lebih daripada pergantungan pada infrasturktur buatan manusia daripada besi dan konkrit.

“Telah terlalu lama dunia beralih kepada infrastruktur buatan manusia untuk meningkatkan pengurusan air. Akibatnya, kearifan tempatan dan tradisional yang lebih hijau diabaikan,” kata Gilbert Houngbo dalam pengenalan laporan itu.

Menurut laporan itu, manusia menggunakan sekitar 4,600 km padu air setiap tahun, dan sebanyak 70 peratus disalurkan kepada pertanian, 20 peratus untuk industri dan 10 peratus kegunaan kediaman.

Permintaan di seluruh dunia meningkat enam kali ganda sejak 100 tahun lalu dan terus meningkat sebanyak 1 peratus setiap tahun.


Peningkatan ini telah pun menyebabkan tekanan yang akan terus meningkat menuju 2050, pada masa populasi dunia dijangka mencapai 9.4 bilion hingga 10.2 bilion orang, berbanding 7.7 bilion hari ini, dengan dua daripada tiga orang tinggal di bandar.

Permintaan air paling pantas berlaku di negara membangun. Pada masa sama, perubahan iklim akan menyukarkan lagi keadaan kerana menjadikan kawasan lembab lebih berair dan kawasan kering semakin kekurangan air.

Menurut laporan itu lagi, kemarau dan kemerosotan kualiti tanah sudahpun muncul sebagai risiko bencana alam utama, dan keadaan akan menjadi lebih buruk lagi.

Tahun ini, bandar Cape Town di Afrika Selatan mengalami kemarau dahsyat yang berlaku sekali setiap 384 tahun, dan di bandar tuan rumah Brasilia, hampir 2 juta orang tidak mendapat bekalan air untuk sehari setiap lima hari akibat kekurangan bekalan air yang teruk.

Menjelang 2050, laporan itu menjangkakan antara 4.8 bilion dan 5.7 bilion orang akan tinggal di kawasan yang mengalami kekurangan air selama sebulan setiap tahun, meningkat daripada 3.6 bilion pada masa kini.

Pada masa sama, jumlah yang akan berdepan risiko banjir akan meningkat kepada 1.6 bilion dari 1.2 bilion hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc

Kategori