Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Iraq Bakal Bina Bangunan...

SIAPA sangka, meskipun negaranya sedang bergolak, Iraq dikhabarkan akan melaksanakan satu projek mega...

Fokus Kerjaya, Haqiem Rusli...

PELANTUN lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli mengakui mengakui dirinya masih solo dan belum...

Percaya Anak Didera, Bapa...

"SAYA akan pastikan bekas pengasuh 'mental' itu menerima balasan," itu luahan seorang bapa...

Pengalaman Di Ingatan Tokoh...

KUANTAN - Pengalaman bot hampir karam selepas pulang dari menjalankan aktiviti kemasyarakatan di...

Warga Emas Ditikam Selepas Ambil BR1M Tidak Benar

SEMPORNA – Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah bank di sini dan suspek pula ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt. Peter Umbuas berkata siasatan polis mendapati berita yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank berkenaan hari ini.

“Kejadian berlaku 11 pagi tadi dan orang awam yang nampak seorang lelaki terbaring di perkarangan bank tersebut telah memanggil anggota polis trafik yang kebetulan meronda di kawasan itu untuk membantu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lelaki tersebut yang dipercayai kurang siuman bertindak mengelar tangannya sendiri menggunakan senjata tajam di hadapan bank tersebut.

Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan maklumat palsu sehingga menggugat keharmonian awam. – BERNAMA

Kategori