Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerana Dendam Politik, DAP...

SECARA umum, perkataan 'adios' dalam bahasa Sepanyol bermaksud 'Selamat Jalan'. Kita mungkin pernah...

2 Penyanyi Dakwa Dianiaya,...

DUA penyanyi yang didakwa memasukkan dadah ke dalam minuman pengarah, Datuk Farid Kamil...

MPS Papar Corak Perbelanjaan...

PUTRAJAYA - Jabatan Perangkaan hari ini melancarkan Matriks Perakaunan Sosial (MPS) yang diterbitkan...

Berang Pemandu Warga Emas...

Shah Alam : Berang selepas pemandu warga emas membelok kenderaannya secara tiba-tiba dipercayai...

Yakin BN Sarawak Mampu Menang Besar

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu menang besar dengan sasaran 28 kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan sokongan padu pemimpin parti komponen BN negeri dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.

“Kita amat yakin dapat merampas beberapa kerusi daripada pembangkang pada PRU akan datang,” katanya pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN Sarawak di Kompleks Sukan Satok di sini hari ini.

Pada masa ini BN Sarawak menyandang 25 daripada 31 kerusi parlimen negeri itu.

“Pemuda BN bersedia untuk menempuh cabaran pada PRU akan datang bagi memastikan kita memperoleh kemenangan yang besar,” katanya.

Pada masa sama, Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan Sarawak dan menjadi negeri paling maju menjelang 2030.

Justeru katanya mereka tidak memerlukan ‘tunjuk ajar’ daripada pemimpin pembangkang akan bagaimana untuk meneraju negeri.


“Kita Sarawak ada maruah kita, kita tahu bagaimana untuk memerintah negeri kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Rentap Jabu berkata semua bilik gerakan PBB di semua bahagian sudah diaktifkan dan armada Pemuda PBB bersedia untuk berjuang dalam PRU akan datang .

Katanya Pemuda BN Sarawak menyokong penuh kepimpinan Abang Johari sebagai Ketua Menteri dan inisiatif ekonomi beliau bagi melonjakkan ekonomi Sarawak ke arah sebuah negeri maju menjelang 2030. – BERNAMA

Kategori