Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Shafie Tarik Balik Larangan...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengucapkan terima...

Syarat Sunting Vida: Mampu...

USAHAWAN kosmetik ternama, Datuk Seri Vida berkata jika beliau mahu bersuami lagi, lelaki...

Pencabulan Baitul Maqdis Bakal...

KEPUTUSAN Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu membenarkan ahli parlimen Israel melawat Masjid...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin,...

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus...

Zahid Lelong Keperluan Asas Dengan Harga Murah

BAGAN DATUK – Daging segar 1 kilogram, ayam seekor, telur ayam sepapan, beras sekampit 10kg, bawang satu guni dan susu tin serta sardin antara yang boleh dibeli kesemuanya dengan hanya RM50 bersempena Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Rungkup pagi ini.

Lebih menarik apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menurunkan lagi harga kepada 50 peratus daripada 70 peratus harga asal yang diturunkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebelum ketibaan Ahmad Zahid.

Acara lelongan itu dilakukan timbalan perdana menteri bersama Hamzah di sepuluh gerai jualan yang menjual keperluan asas seperti ikan segar Q’Fish (ikan segar beku), ayam, minyak masak, tepung, gula, beras, sayur dan buah-buahan yang menyertai program tersebut bermula kira-kira 8 pagi.

Ahmad Zahid yang tiba kira-kira pukul 10 pagi itu turut melelong beras sekampit 10kg dengan hanya RM10 sahaja berbanding RM26 harga pasaran, daging segar 1kg dijual hanya RM10 berbanding harga pasaran kebiasaan sekitar RM33, ayam RM5 seekor berbanding harga jualan awalnya RM6 per kilogram, minuman coklat jenama Milo RM10 berbanding RM16 harga pasaran.

Harga tersebut jauh lebih murah berbanding harga asal dijual di pasaran dan program tersebut tamat kira-kira 11 pagi.

Program Jualan Sentuhan Rakyat merupakan julung kali diadakan di Bagan Datuk dan mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Sementara itu, seorang pengunjung Mohd Umzarul Faiz Umar, 40, yang datang bersama isteri Hamimah Hamid, 41, berkata mereka sangat teruja dengan jualan murah sebegini kerana dengan membawa RM50 sahaja dapat membeli pelbagai barangan keperluan asas.

“Tak pernah saya dapat beli barang dengan harga semurah ni, Terima kasih kerajaan kerana memahami denyut nadi rakyat,” katanya.

Seorang lagi pengunjung Rokiah Abdullah, 38, berkata beliau sanggup datang seawal 8 pagi menanti jualan murah itu dan telah membeli lima paket minuman coklat Milo dengan harga keseluruhan RM50.

“Bila TPM umum lelong Milo, saya tak tunggu lama dan terus beli kerana anak-anak saya sememangnya meminati Milo dan sentiasa ada stok di rumah, Tak pernah dapat Milo dengan harga semurah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori