Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Why Are Business Writing...

Pupil essay demonstrate the discipline of marketplace publications. For instance The National Health...

Ratu Colombia Dimahkotakan Gelaran...

RATU cantik dari Columbia, Paulina Vega, 22, dimahkotakan gelaran Miss Universe terbaru setelah menumpaskan...

Angka Kematian Akibat Selsema...

NEW DELHI - India mencatat 20 lagi kematian akibat selesema babi (H1N1) semalam,...

Sekolah Korea Mula Lambat...

SEOUL – Cadangan ketua pendidikan metropolitan Seoul , Cho Hee-yeon melambatkan waktu mula...

10 Tempat Menarik Aktiviti ‘Outdoor’ Di Selangor

HUJUNG minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pastinya lebih menarik jika terdapat aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Mungkin anda mempunyai masa yang terhad untuk hujung minggu ini dan secara kebetulan juga tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk ke luar negara.

Tahukah anda di Selangor terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi? Anda boleh menikmati keindahan alam dan merasai sendiri aktiviti yang jarang anda lakukan di luar rumah.

1. Skytrex Shah Alam

Bagi yang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh Skytrex Shah Alam bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Antaranya spider web, cable walk dan flying fox yang menguji keberanian dan stamina anda. Terdapat beberapa tahap ekstrem melalui aktiviti ini dan anda boleh memilih mengikut kesesuain diri anda.

Little Adventure bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti lasak. Pakej Big Thrill bagi golongan pertengahan yang mahu melakukan aktiviti ekstrem ini. Manakala Extreme Challenge boleh dilakukan bagi mereka yang memiliki stamina yang tinggi dan berkemahiran.

2. Gua Damai Xtreme Park

Gua Damai Xtreme Park terletak di di bahagian utara Batu Caves.

Destinasi ini menjadi pilihan bagi ramai peminat aktiviti lasak memanjat dinding dengan lebih daripada 70 ruang memanjat yang disediakan.

Peralatan memanjat turut disediakan kepada pengunjung. Bagi mereka yang berminat, anda dinasihatkan untuk menguasai kemahiran memanjat.

3. Gunung Nuang

Keindahan alam flora dan udara yang segar dapat dirasai dan dinikmati dengan mendaki gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat.

Setinggi 1493 meter, Gunung Nuang mempunyai cabaran yang tersendiri dalam pendakian. Para pendaki perlu mengharungi laluan yang berbatu, turun naik dan keadaan tanah yang licin ketika hujan.

Anda juga boleh berkhemah di kawasan ini dan perlu menjaga kebersihan kawasan hutan agar dapat dipelihara sebaiknya. Pendaki juga dinasihatkan untuk memaklumkan aktiviti pendakian kepada pihak keselamatan di sana.

4. Sungai Pangsun

Berhampiran dengan Gunung Nuang, Sungai Pangsun Hulu Langat boleh dikategorikan antara tempat yang menarik untuk mereka yang tidak berminat menyertai aktiviti lasak tetapi cintakan alam sekitar.

Kawasan di sekitar Sungai Pangsun ini juga sangat tenang dan sesuai kepada mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil.

Air sungainya yang sejuk memberi kesegaran kepada pelancong yang ingin mandi di kawasan ini.

5. Tadom Hill Resort Banting

Satu lagi tempat mandi yang sangat menarik untuk dikunjungi yang terletak di Banting. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan Tadom Hill Resort Banting seperti berenang di tasik, bergayut seperti Tarzan di tali gayut atas air sebelum terjun ke dalam air, berakit dan pelbagai lagi aktiviti air yang lain.

Aktiviti lain yang turut disediakan seperti abseiling, flying fox, ATV, dan mendaki bukit.


Anda juga berkesempatan untuk tinggal di kawasan ini secara beberapa hari kerana disediakan penginapan yang dibuat berasaskan kayu buluh.

6. Kelab Berkuda Al Heyzum

Sukan berkuda antara sukan yang dituntut dan digalakkan mempelajarinya dalam ajaran Islam. Di sini, anda berkesempatan untuk menaiki kuda dan belajar cara menunggang haiwan tersebut.

Bagi anak-anak kecil, mereka boleh mendekati kuda dan meluangkan masa dengan kuda yang berada di kelab ini yang terletak di Seri Kembangan.

Tambahan pula, Kelab Berkuda Al Heyzum turut membuka penyertaan bagi mereka yang ingin belajar lebih lanjut dan mahir menunggang kuda. Malah, tempat ini juga dibuka kepada pengunjung yang ingin mengadakan motivasi terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

7. Farm In The City

Satu lagi tempat di Seri kembangan buat anda yang sukakan haiwan yang comel. Anda boleh hadir ke sini dengan mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam zoo.

Zoo ini dibahagikan kepada 11 habitat iaitu Turtle & Tortoise Farm, Pets Village, Rabbit Farm, Bird Aviary dan banyak lagi. Pasti anda terhibur melihat keletah haiwan-haiwan ini.

Anda juga berkesempatan memberi makan dan membelai haiwan-haiwan ini.

8. Homestay Kampung Sungai Haji Dorani

Di Sungai Besar, anda dapat menikmati waktu di awal pagi dengan bunyi burung berkicau dan sawah yang menghijau berada di hadapan mata anda apabila anda tinggal di Homestay Kampung Sungai Haji Dorani.

Banyak homestay yang disediakan bercirikan rumah kampung. Jika anda hadir ke sini, jangan lepaskan peluang mengambil gambar dan berswafoto dengan pemandangan sekitarnya yang sangat menarik.

9. Ajlaa Village Resort

Ajlaa Village Resort yang terletak di Hulu Langat merupakan lokasi yang dikelilingi alam semula jadi dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya joging, jungle trekking, memancing dan BBQ di kawasan ini.

Pemandangannya yang cantik boleh memukau para pengunjung dan memberi ketenangan buat mereka yang menikmati keindahannya di sini.

10. Bukit Melawati

Sampai sahaja di sini anda pasti teruja dengan keindahan pemandangan yang disajikan di bukti yang terletak di Kuala Selangor dengan pemandangan laut Selat Melaka dan kawasan kampung nelayan yang terdapat di sekitarnya.

Bukit Melawati ini juga terdapat pelbagai peninggalan bersejarah seperti rumah api, kubu lama, perigi beracun, kubur diraja, beberapa buah meriam dan lain-lain lagi sehinggakan bukit ini diwartakan sebagai monumen lama dan tapak bersejarah dibawah Akta Benda Purba 1976. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori