Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Nazak Mahu Lihat...

SEORANG pesakit yang sedang nazak diberikan peluang melihat pantai untuk kali terakhir sebelum...

Suntikan Anti Rabies Fasa...

SIBU - Jawatankuasa Kawalan Penyakit Rabies Bahagian Sibu akan mengadakan suntikan vaksin anti...

Ais Krim Renehan Sup...

KEBIASAANNYA, perisa aiskrim terdiri daripada rasa manis dan masam. Tapi apa rasanya apabila savori...

Polis Cari Suspek Baling...

Kuala Lumpur : Polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang lelaki membaling batu ke...

11Street Rai Ulang Tahun Ke-3 Dengan Tawaran Hebat

KUALA LUMPUR – 11street, platform e-dagang, meraikan sambutan ulang tahun ketiga pada bulan ini dan akan berkongsi kejayaannya dengan menawarkan hadiah kepada pelanggan berjumlah RM50,000 nilai semasa parti hari jadi dalam talian.

11street yang dilancarkan di Malaysia pada 2015, kini merupakan usaha sama antara Axiata Digital Services dan pasaran e-dagang Korea Selatan, SK Planet.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata sebagai pasaran dalam talian kedua di Malaysia, 11street kini mempunyai lebih 13 juta senarai produk di platformnya daripada lebih 40,000 penjual.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata sejak tiga tahun lepas, syarikat telah menyaksikan pertumbuhan ketara dalam beberapa aspek operasi perniagaannya, dari produknya hinggalah penjualnya.

“Contohnya, dari 2015 hingga 2017, syarikat itu menyaksikan pertumbuhan lebih 300 peratus dalam jumlah dagangan kasar.

“Kami sangat gembira untuk meraikan kejayaan ini kerana kami yakin Malaysia bersedia untuk melihat kemajuan yang ketara dalam industri e-dagangnya pada 2018, dan 11street berhasrat untuk berada di barisan hadapan pertumbuhan industri ini memandangkan kami terus memenuhi keperluan pembeli dalam talian Malaysia dan meneroka cara untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka,” kata Kim.


Mulai 1 hingga 13 April, 11street mengadakan jualan ‘Birthday Flash’ yang menawarkan produk dalam talian pada harga bermula dari RM3. Selain itu, platform itu juga melancarkan jualan ‘International Clearance’ yang menawarkan penghantaran ekspres dalam tempoh tujuh hari untuk semua produk dari Korea.

Maklumat lanjut boleh didapati di 11street Turns Three Highlights atau melayari www.11street.my. – BERNAMA

Kategori