Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

P.Pinang Diminta Buat Permohonan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta membuat permohonan kepada Unit Perancang...

Pasangan Panda Gergasi Cuba...

KUALA LUMPUR - Pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang gagal dalam...

UMNO Ambil Pendekatan Sopan...

ALOR SETAR - UMNO sentiasa mengambil pendekatan sopan dalam berhadapan dengan 'rakan-rakan' lama...

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016)...

12 Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Negara

PEKAN – Dua belas nelayan warga Vietnam termasuk seorang tekong ditahan ketika sedang menangkap hasil laut secara haram di perairan negara, kira-kira 29 batu nautika di perairan Kuala Pahang, malam tadi.

Dalam operasi bersepadu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan pada 9.30 malam itu, pihak berkuasa mengesan sebuah kapal kargo yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata hasil pemeriksaan mendapati kapal kargo berkenaan didaftarkan di Mongolia, namun tidak mempunyai permit kargo sah.

“Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemui kira-kira 500 kilogram sotong yang dipercayai ditangkap, disimpan dan diproses tanpa permit yang sah,” katanya kepada pemberita di Jeti Kuala Pahang di sini hari ini.

Susulan itu, pihaknya menahan kesemua 12 kru kapal berkenaan yang berumur 19 hingga 52 tahun untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Perkapalan Saudagar 1952.

Selain itu, APMM turut merampas dan menyita hasil laut dan kapal kargo berkenaan yang dianggar bernilai RM1.5 juta

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bot terbabit adalah bot induk mengutip hasil tangkapan daripada bot-bot nelayan yang menangkap ikan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia untuk dibawa ke negara jiran.


“Selepas mengutip hasil secara haram di perairan negara ini, mereka dipercayai mengeksport hasil tersebut ke negara-negara Eropah bagi memperoleh keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada komuniti maritim terutamanya nelayan setempat yang mempunyai maklumat atau ternampak pencerobohan nelayan asing agar menyalurkan aduan kepada APMM dengan segera.

Katanya sebarang aduan berkaitan pelanggaran undang-undang perairan negara boleh dibuat melalui talian 09-5717345, MERS 999 atau hadir di mana-mana pejabat APMM berdekatan. – BERNAMA

Kategori