Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pemandu, Kelindan Lori Direman...

BATU GAJAH - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari...

Piala Dunia: Rusia Intai...

TUAN rumah Piala Dunia 2018, Rusia semakin hampir mara ke pusingan kalah mati...

Ikan Bilis Gred A...

LABUAN – Sebuah syarikat ikan bilis di Labuan yang baru beroperasi tidak sampai...

10 Termasuk Dua KPD...

PUTRAJAYA - Sepuluh individu termasuk tujuh anggota polis yang direman bagi membantu siasatan...

12 Tahun Dirantai Dan Dikurung Ibu Sendiri

APA yang berlaku kepada Wang Zhiqiang ini mengejutkan penduduk di China.

Ibunya, Yue Rong, 77, mengaku dia terpaksa merantai anaknya sejak 12 tahun lalu kerana mahu mengelakkan anaknya daripada mencederakan orang lain.

Dia pernah dihantar ke sekolah khas ketika kecil namun Wang mengalami masalah psikologi selepas dibuli oleh rakan sekelas.

Wang dihantar balik ke rumah. Namun selepas dia menyerang seorang penduduk kampung, ibunya terpaksa merantai dan mengurung anaknya itu.

Menurut Yue, dia hidup dalam kemiskinan selepas suaminya meninggal dunia dan terpaksa menjaga Wang sendirian.

Disebabkan tidak boleh mengawal Wang, dia terpaksa mengurung anaknya itu.


Wang mempunyai seorang kakak, Wang Shufen yang berusia 50 tahun dan setiap kali dia melawat adiknya, kakaknya itu tidak mampu menahan air mata.

Kakaknya juga sering merayu kepada ibu mereka supaya membenarkan adiknya keluar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori