Sunday, October 6, 2024

Creating liberating content

Gadis Webcam Puaskan Nafsu...

Seorang gadis webcam yang kerjanya hanya memuaskan nafsu fantasi lelaki selama lapan jam...

Gempa Bumi Kuat Melanda...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda...

Sultan Selangor Titah JAIS...

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor...

Anggota UMNO Ingin Sertai...

ALOR SETAR - Pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

14 Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diberkas

RIO DE JANEIRO – Polis Persekutuan Brazil pada Khamis berkata mereka telah memberkas sekurang-kurangnya 14 suspek dalam satu operasi di seluruh negara bagi membanteras pornografi kanak-kanak.

Operasi itu dijalankan di tujuh negeri termasuk Sao Paulo, Minas Gerais dan Rio de Janeiro, di mana mereka mengesan perkongsian bahan pornografi membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Tiga suspek diberkas ketika melakukan kesalahan manakala 11 lagi melalui waran tangkap.

Mereka berdepan pertuduhan rogol serta melakukan penyeksaan, dan polis telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 mangsa yang membabitkan bayi serta kanak-kanak berusia sehingga 11 tahun.

Penangkapan pada Khamis merupakan fasa kedua Operasi Bawah Tanah, yang dilancarkan setahun lepas, apabila polis memberkas 18 suspek di lapan negeri.


Di Brazil, kesalahan pornografi kanak-kanak membawa hukuman penjara antara tiga hingga enam tahun manakala pesalah kes rogol bawah umur boleh dihukum penjara antara 8 hingga 15 tahun. – BERNAMA

Kategori