Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hospital Pakar Wakaf RM600...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor muncul sebagai negeri pertama di negara ini berjaya...

Ujian Penilaian Kelas KAFA...

KUALA LUMPUR - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga...

Dadah Dalam Paket Minuman...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar taktik baharu pengedaran dadah di negeri...

Belum Selesai Isu Ikan,...

ALOR SETAR - Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna...

14,000 Anggota Rela Maran Siap Sedia Hadapi PRU14

MARAN – Seramai 14,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Parlimen Maran bersiap sedia bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pada hari pengundian pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Pesuruhjaya Kanan Rela Maran Datuk Seri Ismail Muttalib berkata pada hari pengundian 9 Mei nanti, anggota Rela akan diberi laluan mengundi mulai 8 pagi sebelum memulakan khidmat mereka pada 9 pagi.

“Saya lihat Rela sebagai pertubuhan sukarela yang amat berjasa kepada negara. Rela ini umpama benteng ketiga selepas polis dan askar dalam menjaga keselamatan negara.

“Oleh itu, peranan mereka semasa musim pilihan raya ini terutama pada hari pengundian amat penting bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Rela Daerah Maran, di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran, di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri lebih 300 pegawai dan anggota Rela dari Maran itu, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran menyerahkan watikah dan pemakaian pangkat kepada empat ketua platun Rela di sini, selain menyampaikan pakaian seragam kepada 33 anggota baharu. – BERNAMA

Kategori