Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Covid-19: UK Negara Eropah...

LONDON - Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling teruk terjejas di Eropah...

Majikan Diharap Beri Keutamaan...

MARAN - Majikan di Malaysia diharap memberikan keutamaan menggaji rakyat tempatan khususnya golongan...

BTN Perlu Penjenamaan Semula...

KOTA TINGGI - Biro Tata Negara (BTN) perlu melalui proses penjenamaan semula bagi...

2 Pemain Negara Mara...

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mara ke pusingan ketiga Kejohanan...

15 Peserta, Pegawai Hoki Ais Remaja Kanada Maut

SASKATCHEWAN – Angka korban kemalangan membabitkan pasukan hoki ais remaja Kanada kini mencecah 15, selepas bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak di lebuh raya di wilayah ini.

14 lagi dilaporkan cedera dengan sebahagiannya dalam keadaan kritikal, kata Polis Diraja Kanada (RCMP).

Tragedi itu bukan saja mengejutkan ahli keluarga dan kenalan pasukan Humboldt Broncos tetapi turut dianggap kehilangan paling besar kepada komuniti sukan Kanada.

Difahamkan, bas yang membawa pasukan Broncos ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke utara Saskatchewan bagi menyertai perlawanan Liga Hoki Remaja menentang Nipawin Hawk.

Pemandu treler tidak cedera, kata penolong pesuruhjaya RCMP Saskatchewan, Curtis Zablocki pada satu sidang media.

Beliau berkata pemandu itu pada mulanya ditahan, tetapi kemudian dibebaskan.


RCMP meneruskan siasatan dan masih terlalu awal untuk mengulas punca kemalangan itu, tambah Zablocki.

Menurut sumber, Canadian Press melaporkan ketua jurulatih Broncos, Darcy Haugan dan kapten berusia 20 tahun, Logan Schatz, adalah antara yang terbunuh.

Nahas berlaku kira-kira 28 kilometer di utara Tisdale, Saskatchewan semasa bas itu sedang menggunakan lebuh raya 35. – Reuters/BH ONLINE

Kategori