Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Persatuan Belia Islam Nasional...

KUALA LUMPUR - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Universiti Malaya (UM) menyifatkan sekumpulan...

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

LANGKAWI - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk menaik taraf Lapangan Terbang...

Lewat Hadir Mahkamah, Isteri...

Lagi cerita tentang penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie. Hari ini, Mahkamah Tinggi...

Pelbagai Inisiatif Beri Peluang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membolehkan rakyat memiliki rumah mampu...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya di Taman Haiwan Liar Shanghai, China.

Lapor Shine News, anak panda jantan tersebut telah diberi nama ‘Xue Bao’. Dalam Bahasa Cina tempatan ia bermaksud ‘salji’ dan Bao adalah ‘bayi’.

Kedua-dua perkataan ini membawa pengertian sesuatu yang murni dan berharga selain nama yang baik bagi kesuburan seekor jantan.

Manakala anak panda betina diberi nama ‘Qian Jin’ bermaksud ‘buah hati’. Kebiasaanya nama tersebut diberikan kepada anak perempuan Cina.

‘Qian’ memberi maksud pertumbuhan pokok dan rumput yang subur. Dalam erti kata lain ia dimaksudkan dengan perkara-perkara yang baik termasuklah keanggunan, keindahan, kecergasan dan kesopanan.

Nama bagi kedua-dua ekor panda itu juga dipadankan dengan nama ibu mereka, Si Xue dan Qian Qian.

Masa panjang selama enam bulan untuk memberi nama kepada dua ekor haiwan itu adalah disebabkan mahu memberi peluang kepada pengunjung dan masyarakat umum mencadangkan nama anak panda melalui atas talian.


Kira-kira sebanyak 5,000 nama telah diterima sebelum 20 nama dipilih disaring terlebih dahulu dan kemudian diputuskan secara muktamad.

Xue Bao dilahirkan pada 4 Oktober lalu seberat 171.8 gram tiga hari selepas kelahiran dan kini seberat 16.9 kilogram (kg). Anak panda jantan ini membuka matanya 40 hari kemudian dan mula merangkak pada hari ke-112.

Qian Jin dilahirkan enam hari selepas kelahiran Xue Bao seberat 168.5 gram tiga hari selepas kelahiran dan kini seberat 16.9kg. Anak panda betina itu membuka matanya pada hari ke-50 dan mula merangkak pada hari ke-112.

Menurut pengurus haiwan berkenaan, Xue Bao sangat aktif dan suka meneroka, menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Manakala, Qian Ji merupakan panda yang pintar dan pendiam.

Kedua-dua panda tersebut telah dibawa berjalan-jalan sekitar kawasan taman haiwan berkenaan dan telah dirakam gelagat aksi dua ekor panda berkenaan sebelum dimuat naik dalam media sosial. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori