Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jangan Guna Politik Cetuskan...

KUALA LUMPUR - Pemimpin dan anggota mana-mana badan atau pertubuhan diminta tidak menggunakan...

Peserta Pasar Tani Tidak...

KUALA TERENGGANU - Peserta pasar tani di Terengganu bakal disingkirkan sekiranya tidak aktif...

Lampu Jalan Mampu Kurang...

TANAH MERAH - Kemudahan lampu jalan kampung yang dilaksanakan kerajaan pusat menerusi Kementerian...

Bomba Perlu RM190j Tambah...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM190...

2 Calon BN Melaka Protes Berita Palsu – Idris

MELAKA – Berita dua calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dilaporkan memprotes kawasan ditandingi mereka adalah suatu berita palsu, kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata dua calon berkenaan Datuk Koh Nai Kwong yang bertukar kerusi daripada Parlimen Alor Gajah ke DUN Machap Jaya, dan Lee Chong Leng, calon muka baharu di DUN Bandar Hilir, sebaliknya mempunyai sebab sendiri mengapa tidak memenerima watikah calon masing-masing semalam.

“Dua calon itu telah menerima watikah mereka hari ini. Datuk Koh (Nai Kwong) datang pagi semalam tetapi beliau ada urusan lebih besar (petang semalam), beliau menghormati kepercayaan (BN). Shaun (Lee) pula calon baharu tiba-tiba terperanjat dan terus balik kawasan untuk tahu gerak kerja sebagainya.

Keluar dalam berita semalam itu persepsi, berita palsu saya fikir. Kerja kita menyiasat dan menyelidik suatu berita itu sebelum (berita palsu itu) menimbulkan kerosakan. Semalam siapa keluarkan berita palsu itu akan menyesal, kita tidak apa-apa, ok sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah calon BN kepada Koh dan Lee di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Mandarin dan sebuah portal pro-pembangkang melaporkan Koh menolak susunan baharu beliau ke DUN Machap Jaya dan Lee ‘melarikan diri’ setelah namanya diumumkan sebagai calon.

Sementara itu, Koh, yang juga Ketua MCA Bahagian Alor Gajah, berkata setelah berbincang dengan Idris pagi semalam, beliau memohon masa 24 jam untuk berbincang dengan anggota MCA di bahagian tersebut tentang pertukaran kerusi itu.

“MCA bahagian (Alor Gajah) minta saya menerima pencalonan di Machap Jaya, dengan sokongan padu sedemikian, saya terima (pencalonan itu). Ketua Menteri juga minta saya bekerja dengan beliau untuk bangunkan Melaka. Saya terima banyak panggilan untuk meminta saya tanding di DUN itu,” katanya.


Beliau berkata kekuatan seorang pemimpin parti yang bertanding di DUN atau Parlimen ialah daripada anggota parti di peringkat akar umbi, maka beliau menerima pencalonan itu kerana sokongan ditunjukkan anggota parti dan akan bekerja keras memenangkan kerusi DUN Machap Jaya untuk BN pada PRU14.

Lee berkata pencalonannya sebagai wakil BN di DUN Bandar Hilir adalah suatu kebangaan buat dirinya untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan laporan yang mengatakan beliau memprotes pencalonan itu adalah palsu.

“Tidak, tidak (protes pencalonan), semalam saya ada urusan lain. Saya rasa bangga dan amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk beri khidmat kepada rakyat. Kita ada keyakinan untuk menang dan telah banyak turun padang jumpa semua, semua (yang ditemui) sokong BN,” katanya.

Pada PRU Ke-13, calon BN daripada MCA iaitu Datuk Lai Meng Chong menang di kerusi DUN Machap, yang kini Machap Jaya, dengan majoriti 152 undi dan calon DAP iaitu Tey Kok Kiew menang kerusi DUN Bandar Hilir dengan majoriti 7,952 undi. – BERNAMA

Kategori