Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bukan Sengaja Lewatkan...

KANOWIT - Kerajaan bukan sengaja melewat-lewatkan projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kanowit...

Kantoi.. Penjara Diubahsuai Jadi...

MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu,...

“Saya Berada Di Tempat,...

PUCHONG - “Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,”...

Bagaimana Rafizi Bermain Persepsi...

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sedang menggerakan propaganda politik baru PKR Ayuh...

2 Cedera, Seorang Masih Hilang Kapal Terbakar Di Miri

MIRI – Dua kru kapal cedera manakala seorang masih hilang setelah sebuah kapal penggerudi MV Geos terbakar di perairan Kuala Baram pukul 3.15 pagi ini.

Pengarah Maritim Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, dua kru yang tercedera ialah jurutera kedua Muhammad Hafiz Ismail, 36, yang melecur 20 peratus, dan Khairul Isma Ismail, 35, yang mengalami kecederaan di dahi, bibir dan muka.

“Kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal dan pada 7.40 pagi ini dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fauzi berkata identiti seorang lagi kru yang masih hilang tidak dapat didedah pada waktu ini atas permintaan Petronas dan usaha mencari serta menyelamat sedang dilakukan.

“Secara keseluruhan terdapat 39 kru berada di dalam kapal tersebut ketika kejadian termasuk lima orang warga Indonesia serta seorang warga Thailand dengan 38 berjaya menyelamatkan diri manakala seorang masih lagi dicari,” katanya.

​​​​​​​Beliau berkata, kesemua 38 kru kapal yang berjaya menyelamatkan diri terjun ke laut setelah dimaklumkan kapten kapal mengenai kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian, kapal yang berdaftar di bawah syarikat AGEO Marine Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu berada lima nautika batu atau 10 km dari Kuala Baram.


“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8 pagi,” katanya, sambil menambah, APMM Miri telah menggerakkan dua aset untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

Sementara itu, Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas, dalam kenyataan ringkas berkata Pasukan Respons Kecemasan telah pun digerakkan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengawal kebakaran itu daripada merebak.

“Keutamaan dan keprihatinan kami ketika ini adalah keselamatan orang ramai dan persekitaran,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori