Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KMJ: Sultan Johor Saksi...

MUAR – Majoriti rakyat di negeri Johor pasti tahu bahawa Sultan Ibrahim Almarhum Sultan...

Warna, Cop Penyelenggaraan Sahkan...

SERPIHAN sayap pesawat atau flaperon yang ditemui di Pulau Reunion dipastikan datang daripada...

Shell Jangka Kurang Bekalan...

KUALA LUMPUR – Shell berkata bekalan gas asli cecair (LNG) mungkin menghadapi kekurangan...

Penjualan Nombor Plat Khas...

KUALA LUMPUR - Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan...

2 Doktor Pakar Diperlukan Di Hospital Jeli

JELI – Sekurang-kurangnya dua doktor pakar tetap termasuk pakar kecemasan diperlukan di Hospital Jeli bagi memastikan perkhidmatan lebih baik diberikan kepada rakyat daerah ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau telah menulis surat kepada Kementerian Kesihatan untuk memohon penempatan doktor pakar tetap di hospital itu.

“Hospital ini tiada doktor pakar dan mereka hanya dibantu oleh doktor pakar dari Tanah Merah dan Kota Bharu yang akan datang dua kali seminggu. Oleh itu, kita mahu penempatan kekal doktor pakar di hospital ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan ambulans jenis pacuan empat roda kepada Hospital Jeli di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Jeli Dr Norzilawati Mohd Ghazali.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata dengan adanya ambulans itu, rawatan kecemasan dapat diberikan lebih pantas terutama ke kawasan pedalaman yang melibatkan penduduk Orang Asli.

Mustapa berkata sebelum ini, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembinaan pejabat kesihatan daerah ini.


“Ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan Hospital Jeli,” katanya yang mempertahankan kerusi Parlimen Jeli dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei ini.

Sementara itu, Dr Norzilawati berkata sekiranya doktor pakar dapat ditempatkan di hospital itu, penduduk sekitar tidak perlu ke Hospital Tanah Merah atau Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.

“Hospital Jeli memerlukan pakar kecemasan dan pakar perubatan…dengan adanya mereka, penduduk tidak perlu menghabiskan masa perjalanan yang panjang untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori