Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Aktivis Wanita Kecam...

SEPERTI yang kita semua sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara orang...

Pahang Tambah Tempoh Pindah...

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk menambah tempoh pindah milik tanah pemberian...

Bunuh, Rogol Janda Angkara...

ANGKARA api cemburu meluap-luap, seorang pemuda sanggup bertindak kejam membunuh kekasih sendiri yang...

Interchange Dain Iskandar Ke...

INTERCHANGE, filem arahan Dain Iskandar Said mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas Festival Filem Locarno yang berpengkalan...

2 Lagi Nelayan Malaysia Ditahan Dibebaskan

KOTA BHARU – Dua lagi nelayan Malaysia yang ditahan di Indonesia sejak dua tahun lepas kerana menceroboh perairan negara itu telah dibebaskan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Leong Bian Seng, 61, dari Dungun, Terengganu telah dibebaskan semalam dan dijangka tiba di tanah air malam ini.

“Seorang lagi nelayan Chia Kee Chan, 52, dari Sekinchan, Selangor dibebaskan hari ini dan dijangka tiba esok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Elaun Khas Pesawah Dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kok Lanas di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata pembebasan nelayan itu hasil kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia pada November tahun lalu di Kuching, Sarawak.

“Saya percaya pembebasan ini adalah berita gembira buat keluarga nelayan terlibat yang tentunya sedang menunggu kepulangan mereka. Bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha pembebasan ini,” katanya.

Beliau berkata enam nelayan tempatan ditahan di Indonesia dua tahun lepas atas kesalahan menceroboh perairan negara berkenaan.

Pada 15 Feb lepas (2018), salah seorang nelayan Low Siang Huat, 59, dari Pulau Ketam, Selangor telah dibebaskan diikuti Leong Bian Seng semalam dan Chia Kee Chan hari ini menjadikan baki tiga lagi nelayan yang masih ditahan.


Tiga lagi nelayan yang masih ditahan ialah Kamaruzaman Awi, 47, dari Dungun, Abdul Rashid Nik, 53, dari Kuantan, Pahang. Kedua-duanya ditahan di Penjara Lapas Permasyarakatan Tanjung Pinang Batu 18, Kepulauan Riau manakala Mahabob Hasimat, 55, dari Pontian, Johor ditahan di Rumah Tahanan Negara Tanjung Pinang.

Beliau berkata kementeriannya dan Kedutaan Malaysia di Indonesia akan terus menyusul proses pembebasan nelayan-nelayan berkenaan, bagi membolehkan mereka segera pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery menyampaikan elaun khas pesawah kepada 1,600 petani di kawasan KADA selain penyerahan RM30,000 masing-masing kepada 20 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Turut hadir Pengerusi KADA Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki. – BERNAMA

Kategori