Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Diskaun Bil Elektrik Antara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530...

Abang Raja Arab Saudi...

RIYADH - Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada...

Caj Plastik 20 Sen...

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar...

Motosikal Masih Penyumbang Utama...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 60 peratus daripada 6,706 orang yang maut dalam kemalangan...

2 Mayat Dipercayai Kru Kapal Korek Pasir Ditemui

JOHOR BAHRU – Dua lagi mayat dipercayai kru kapal korek pasir yang terbalik di perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor, dekat Muar pada 21 Mac lepas, ditemukan di kawasan perairan Pulau Rupat, Indonesia, tiga hari lepas (29 Mac).

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata kedua-dua mayat itu ditemui lebih kurang 55 batu nautika dari lokasi kejadian oleh Badan SAR National (BASARNAS) Indonesia pada 12 tengah hari waktu Indonesia Barat (WIB) (1 tengah hari waktu tempatan).

Menurut beliau, pihak BASARNAS telah memaklumkan pihaknya pada petang hari penemuan dan ia masih belum dapat dikenal pasti.

“Pihak ejen kapal telah dimaklumkan bagi menghantar wakil ke sana untuk proses pengecaman indentiti serta urusan selanjutnya.

Kita tidak menolak kemungkinan mayat yang dijumpai di Indonesia adalah mangsa yang kita cari dan berdasarkan penemuan terbaru ini, enam mayat telah ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sanifah berkata sehingga kini, dua mayat sudah dikenal pasti manakala empat lagi masih menunggu pengesahan identiti.

Tambahnya, sehingga hari ini lima mangsa telah ditemui selamat dan telah dibenarkan keluar dari hospital dan tujuh lagi anak kapal masih dilaporkan hilang.


Operasi mencari dan menyelamat kru Kapal JBB Rong Chang 8 itu, telah memasuki hari ke-12 dengan tempoh pencarian hampir 280 jam sejak operasi dimulakan pada 9 pagi, 21 Mac lepas.

Usaha mencari saki baki kru kapal malang berkenaan ditumpukan di perairan Melaka hingga Tanjung Tohor, Muar, dengan keluasan pencarian hampir 600 batu nautika persegi.

Dalam pada itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meminta orang ramai menghubungi talian hotline Maritim Malaysia jika terlihat atau menjumpai mangsa-mangsa di sekitar kawasan pencarian.

Orang ramai juga diingatkan untuk berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa mengutamakan keselamatan. Sebarang kejadian boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Selatan di talian 07-2219231 atau hotline 999.- BERNAMA

Kategori