Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tersilap Tweet KLIA2 Banjir,...

Ada saja cara yang digunakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memperlihatkan...

Sultan Johor Minta Keputusan...

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, meminta semua pihak supaya menghormati...

4 Rakyat Malaysia Dibebaskan...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa Filipina hari ini mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia...

Bekas Peguam Bebas Tuduhan...

PUTRAJAYA - Seorang bekas peguam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas pertuduhan...

2 Pemuda Didakwa Rompak Stesen Minyak Guna Parang

KUALA LUMPUR – Dua pekerja kontrak mencuci tingkap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan parang di sebuah stesen minyak di Cheras, di sini pada Selasa lepas.

Muhammad Nabil Fiqri Mohd Azman, 20, dan Muhammad Syafiq Amran Basir, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mereka didakwa merompak juruwang Nor Izza Farisha Mohd Pauzi, 21, dan merompak dua peti mesin wang milik stesen minyak Petron menggunakan parang di Lebuhraya Besraya Mines North Rest Area, Cheras, di sini pada 12 tengah hari, 10 April 2018

Kedua-dua pemuda itu dituduh mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Farith Mohammad Faizal meminta mahkamah supaya tidak memberikan jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana perbuatan mereka adalah ganas serta dilakukan di hadapan orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Muhammad Syafiq berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan, berkelakuan baik dalam tempoh jaminan dan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.


Bagaimanapun, Muhammad Nabil Fiqri tidak dibenarkan ikat jamin kerana penjaminnya tidak hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori