Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan menjadi korban pertama banjir di...

Jualan Kraftangan Hingga April...

PUTRAJAYA - Jualan kraftangan negara sehingga April tahun ini meningkat 28 peratus kepada...

SEGERA : Tiga Juruterbang...

SEPANG - Dua juruterbang dan seorang pembantu juruterbang antara sembilan jenazah mangsa nahas...

24 April Tarikh Pemilihan...

KUCHING - Tarikh 29 April menjadi penentu siapa bakal Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

2 Penunggang, Seorang Pembonceng Motosikal Maut

SHAH ALAM – Dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal maut dalam satu kemalangan di Jalan Banting – Pandamaran, Klang kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Khairul Johan Ridzo Mohd Joni, 26; Muhammad Shahrin Muhammad Rizal Sandah, 17, dan pemboncengnya Aliff Danial Bakhtiar Affan, 14, mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Khairul Johan Ridzo dikatakan bertembung dengan motosikal Muhammad Shahrin yang datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Khairul Johan Ridzo dalam perjalanan dari Telok Gong menghala ke Pandamaran bertembung dengan motosikal Muhammad Shahrin yang turut dinaiki rakannya yang memasuki laluan bertentangan.

Akibat pelanggaran itu, ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah lalu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp.


Katanya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori