Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Senarai 10 Ijazah Yang...

TIDAK dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan...

Helikopter MD 530G Selesai...

KUALA LUMPUR – Kesemua enam helikopter peninjau ringan bersenjata MD 530G yang dibeli...

Durian Kebun Cikgu Wei...

KUALA NERUS - Tidak seperti di tempat lain, harga durian Musang King cecah...

Tragedi Budak 7 Tahun...

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas...

2 Tan Buah Tempatan Dijamu FAMA Habis 3 Jam

PASIR SALAK – Belum pun sampai tiga jam, hampir dua tan buah-buahan tempatan habis dinikmati pengunjung sempena kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan dan Ulam-Ulaman di Dewan Serbaguna Chikus di sini.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak itu, dihadiri lebih 2,000 pengunjung yang bertujuan menggalakkan permintaan buah-buahan tempatan.

Pengarah FAMA Perak, Basri Jasmo berkata di samping memberi ilmu tentang khasiat buah-buahan tempatan dan ulam-ulaman kempen ini juga untuk mengurangkan import buah-buahan luar negara.

“Sebab itu sempena kempen ini, FAMA turut mengetengahkan konsep kulinari dan persembahan buah-buahan untuk memberi nafas baharu dalam industri buah-buahan tempatan,” katanya kepada Bernama.

Basri ditemui sempena program Best Buy dan Jimat Belanja Dapur serta penganjuran kempen buah-buahan itu. Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Ibrahim Katok.


Basri berkata selain menjamu buah-buahan tempatan secara percuma, FAMA turut membuka 20 gerai jualan jimat belanja dapur dan menganjurkan acara lelongan barangan dapur.

Antara mendapat perhatian ramai contohnya setongkol jagung berharga 50 sen dan sekilogram durian tempatan hanya dijual RM10. – BERNAMA

Kategori