Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Patung Mendiang Amy Winehouse...

SEBUAH patung bersaiz badan sebenar mendiang penyanyi Amy Winehouse telah ditayangkan buat orang...

Garis Panduan Rasmi Hadapi...

KUALA LUMPUR - Garis panduan rasmi bagi menghadapi cuaca panas di negara ini...

Sarawak Bakal Pengeluar Utama...

KUALA LUMPUR: Sarawak bakal menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen hijau di rantau ini...

Kadar Suntikan Vaksin Hampiri...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara terus meningkat dan...

20,300 Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Loh, Dungun

DUNGUN – Sebanyak 20,300 ekor benih ikan dilepaskan di Sungai Loh, Dungun hari ini bagi memastikan sumber pendapatan nelayan sungai terus terjamin pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komuniti Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata 20,000 ekor adalah benih ikan lampam sungai dan 300 ekor lagi ikan kelah merah.

“Apabila program sebegini dilakukan, masyarakat perlu bersama-sama menjaga benih ikan ini dan bukan tanggungjawab jabatan perikanan semata-mata. Ada tempat yang dilarang untuk memancing dan ada tempat yang kita larang untuk memukat.

“Ada sesetengah yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan ikan ini dengan cara terlarang seperti menggunakan racun serangga dan bahan letupan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Di Taman Biodiversiti Perikanan Sungai Loh, Dungun di sini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali.

Tambah Muhammad Pehimi, benih ikan yang dilepaskan itu bernilai RM18,300 dan ia merupakan program kedua iaitu pada Februari lalu 20,000 benih ikan dilepaskan di beberapa lokasi antaranya Sungai Jerteh, Besut dan Sungai Lemban di Tasik Kenyir.

“Tahun lepas Jabatan Perikanan Malaysia melepaskan 9.5 juta benih ikan dan udang ke perairan umum di seluruh Malaysia dan Terengganu mencatatkan sebanyak 0.41 juta ekor dengan anggaran nilai sebanyak RM121,600,” katanya


Sementara itu, Zawawi berkata program sedemikian amat bermanfaat kepada nelayan sungai dan ia mampu menambah stok ikan yang terdapat di sungai dan sekali gus dapat membantu memastikan pendapatan mereka bertambah dan tidak terputus pada masa akan datang.

“Pada hari ini kami (Jabatan Pertanian) turut menerima sumbangan 200 benih anak ikan kelah yang bernilai RM4,000 daripada syarikat Media Agro Network untuk dilepaskan di Sungai Loh,” katanya.

Benih itu disumbangkan oleh pengusahanya, Mohd Azeri Mohd Radzali, 38, yang berkata pemberiannya itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak jabatan yang banyak membantunya menjayakan proses pembiakan kelah.

Katanya, dalam tempoh lebih dua tahun, beliau menerima pelbagai bantuan dan khidmat nasihat hingga berjaya mengusahakan kelah bersama keluarganya. – BERNAMA

Kategori