Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KTMB Tidak Akan Diswastakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),...

Bicara Kes Najib Bersambung...

KUALA LUMPUR - Setelah hampir empat bulan ditangguhkan, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri,...

Polis Keliru Tersilap Hantar...

DEK kerana tidak dapat membezakan jantina banduan, pegawai polis tempatan secara tidak tidak sengaja...

Cemas.. Jambatan Sultan Yahya...

Situasi bencana banjir khususnya di negeri pantai timur terus dilaporkan dalam keadaan yang...

21 Maut Dalam Serangan Boko Haram Di Nigeria

KANO – Seramai 21 maut dalam dua insiden berasingan disyaki dilakukan oleh militan Boko Haram di kawasan terpencil di timur laut Nigeria.

Menurut pihak keselamatan dan saksi, 18 mangsa maut selepas ditembak ketika mengumpul kayu api di dalam hutan di Borno, berhampiran Gamboru, bandar yang terletak di sempadan Cameroon.

“Beberapa mayat dilihat bergelimpangan sejauh beberapa ratus meter dan kebanyakan mangsa ditembak di kepala atau pada bahagian belakang,” kata saksi kepada AFP.

Dalam kejadian berasingan pada Ahad lalu, tiga orang awam terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar periuk api yang dipasang pemberontak berhampiran sebuah kampung di Wumbi.

“Tiga mangsa, termasuk pemandu kenderaan itu maut, manakala 11 lagi penumpang cedera,” kata saksi. – AFP/BH ONLINE

Kategori