Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Keracunan Makanan Meninggal...

IPOH - Seorang mangsa keracunan makanan di Siputeh, Batu Gajah, dekat sini yang...

Rakyat Malaysia Rozanna Mat...

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Rozzana Mat Nanyan yang sebelum ini dilaporkan berada dalam...

Patah Tangan, Cedera Muka...

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika...

Shafie Apdal Kekal Rasmi...

KUANTAN - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal merasmikan persidangan...

250,000 Anggota JKKK Dilindungi Skim Insurans

KAJANG – Seramai 250,000 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) di seluruh negara kini mendapat perlindungan melalui Skim Insurans Takaful berkuat kuasa 1 April lepas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui perlindungan tahunan itu anggota jawatankuasa berkenaan yang berumur 69 tahun ke bawah mendapat manfaat insurans kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan sebanyak RM5,000 manakala kematian atau keilatan kekal biasa sebanyak RM3,000.

Menerusi skim takaful itu, anggota JKKK, JKKKP dan JKKKOA cuma perlu membayar RM7 setahun, manakala kerajaan pula membayar RM10 untuk membolehkan mereka menikmati perlindungan insurans berkenaan, katanya pada majlis pelancaran skim insurans itu di Beranang dekat sini hari ini.

Menurutnya pembayaran premium anggota JKKK dibuat melalui pemotongan daripada elaun anggota itu manakala bagi setiausaha dan pengerusi JKKK menerusi pemotongan elaun kehadiran mesyuarat.

“Skim ini bertujuan untuk mengiktiraf jasa bakti anggota dalam membangunkan kampung selain daripada menjaga kebajikan anggota yang menjalankan tugas serta membantu meringankan beban ahli keluarga mereka yang ditimpa musibah,” katanya.


Ismail Sabri berkata kementeriannya turut mengeluarkan kad JKKK/JKKKP/JKKKOA bagi membolehkan setiap pemegang kad untuk medapat diskaun bagi setiap pembelian produk pertanian, penginapan dan makan minum di hotel atau resort tertentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos tahun lepas mengumumkan kelulusan skim insurans berelompok itu khas untuk ahli JKKK, JKKKP dan JKKKOA di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori