Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pasar Tani Khas Di...

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan Program Jualan Jimat Belanja...

Wanita Kurung Anak Dalam...

Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar,...

Lagi Desakan Muhyiddin Letak...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus diasak...

KSN Ketuai Sembah Taklimat...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dijangka mengetuai beberapa...

298 Pemilik Kenderaan Perbaharui LKM

JASIN – Sebanyak 298 pemilik kenderaan persendirian di Melaka telah memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) di bawah program pemutihan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 27 Mac lepas hingga semalam.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata daripada jumlah itu, sebanyak 240 LKM diperbaharui di kaunter JPJ Bukit Katil, Pusat Transformasi Bandar (33) dan Jasin (25).

Beliau berkata pelaksanaan program pemutihan dilaksanakan untuk membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah memperbaharui LKM tanpa melalui proses biasa, sekaligus mengelak daripada terus melanggar undang-undang jalan raya.

“Kita bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk dengan pemimpin setempat bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah ini dan membantu mereka mendapatkan LKM.

“Tempoh pelaksanaan program pemutihan ini bermula 24 Mac lepas hingga akhir Jun ini dan diharap peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja kerana ia pertama kali dilakukan,” katanya kepada Bernama selepas Program Ziarah Kasih JPJ Prihatin dengan kerjasama Japerun Rim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 24 Mac lepas berhubung pelaksanaan program pemutihan berkenaan.


Sebanyak 17 orang sekitar Dewan Undangan Negeri Rim tersenarai sebagai penerima bantuan barangan keperluan, kerusi roda dan LKM yang disampaikan Anggota Dewan Undangan Negeri Rim Datuk Ghazale Mohamad.

Sementara itu, Razain Abd Rasid, 37, penoreh getah dari Kampung Chohong di sini berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat memperbaharui LKM motosikalnya yang telah tamat tempoh kira-kira tiga tahun lepas.

“Alhamdulillah dengan adanya LKM ini saya dapat menggunakan kembali motosikal ini dan pergerakan tidak lagi terbatas seperti sebelum ini,” katanya.

Jamaliah Isa, 55, anak kepada penerima barangan keperluan, Isa Hashim, 87, dari Rumah Awam Chenderah berkata kunjungan ADUN Rim dan warga JPJ diharap dapat membantu menyalurkan beberapa bantuan seperti katil khas buat ayahnya yang terlantar akibat serangan angin ahmar sejak dua tahun lepas. – BERNAMA

Kategori