Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 2016...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara...

“Thanos Superhero Kegemaran Saya”...

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir...

Kad Baharu Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR ā€“ Kad baharu Anggota Parlimen yang ditambah baik termasuk memiliki ciri-ciri...

‘Lebai Ali Food Street’...

BANDAR Kuantan kini memiliki tarikan pelancongan terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food...

3 Mayat Pelajar Dijumpai Dalam Tong Asid

MISTERI kehilangan tiga orang pelajar di sebuah universitiĀ Guadalajara, Mexico pada 19 Mac lalu akhirnya terjawab apabila dijumpai mati di dalam tiga tong berisi asid.

Lapor AFP, mangsa, Salomon Aceves Gastelum, 25, Daniel Diaz, 20, dan Marco Avalos, 20, merupakan pelajar dalam bidang perfileman di Universiti Media Audiovisual.

Saksi memberitahu, mereka telah ditahan oleh sekumpulan enam hingga lapan lelaki, sebelum dibawa lari dengan menaiki sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan penggambaran filem.

Tiga tong berisi asid berkenaan dijumpai di Tonala, kawasan tiga orang pelajar tersebut membuat pengembaraan.

Ketua penyiasat, Lizette Torres, berkata penculikĀ adalah sindiket yang amat berpengaruh di kawasan berkenaan mempunyai kaitan dengan kartel dadah Jalisco New Generation.

“Setakat ini tiada bukti yang menunjukkan semua mangsa mempunyai hubungan dengan mana-mana kartel.


“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mangsa dalam tong berisi asid terbabit,” katanya.

Pihak penyiasat percaya ahli keluarga salah seorang pelajar itu terbabitĀ terlibat denganĀ persaingan kartel dan pembunuhan itu mungkin bermotifkan dendam.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan penculik berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori