Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPP PKR Tentukan Nasib...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menentukan nasib Rafizi Ramli...

Pegang Teguh Slogan Hari...

ALOR GAJAH - Rakyat perlu berpegang teguh pada slogan sambutan Hari Kebangsaan ke-58...

Lelaki Nak Panjat Pagar,...

BUENOS AIRES - Seorang lelaki maut akibat tertembak diri sendiri ketika memanjat pagar...

Filem Biografi Chong Wei...

SEMALAM, telah tercatat satu lagi sejarah dalam Malaysia Book of Records dan Asia...

3 Nelayan Tempatan Selamat Cubaan Merompak

JOHOR BAHRU – Tiga nelayan tempatan terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila dilepaskan oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata yang sebelum itu cuba merompak mereka di Tanjung Laboh berhampiran Batu Pahat petang semalam.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Sanifah Yusof berkata ketiga-tiga nelayan itu yang menaiki sebuah bot sedang menangkap ikan di 15 batu nautika barat daya Tanjung Laboh apabila mereka didatangi oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot pancung pada 6.30 petang.

“Suspek kemudian mengarahkan nelayan terbabit menyerahkan wang berjumlah RM30,000 sebelum bot serta ketiga-tiga mereka dipaksa masuk ke perairan negara jiran.

“Bot peronda dari Pangkalan Maritim Batu Pahat telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pihak berkuasa Indonesia pada 7.30 petang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, bot yang dinaiki nelayan tempatan berusia antara 25 hingga 49 tahun itu tidak ditemui oleh pihak maritim sejurus tiba di lokasi kejadian.

Sanifah berkata pihaknya kemudian menerima maklumat pada jam 1 pagi dari pemilik bot tempatan bahawa bot mereka telah dilepaskan oleh suspek.

“Ketiga-tiga nelayan terbabit selamat sampai di Jeti Nelayan Pontian pada jam 3.30 pagi tadi dan hasil pemeriksaan didapati tiada sebarang kecurian dan kecederaan dialami mereka,” katanya.


Sanifah berkata pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan bot yang dinaiki lima lelaki bersenjata itu.

“Kita akan terus meningkatkan rondaan di perairan sempadan negara bagi mengekang dari kejadian ini berulang. Nelayan juga dinasihatkan supaya segera menghubungi pihak maritim sekiranya melihat bot yang mencurigakan berada di perairan kita dengan segera,” kata beliau.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori