Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jepun Cipta Telefon Pintar...

SEBUAH syarikat di Jepun berjaya mencipta sebuah model telefon pintar pertama yang boleh...

Sukar Tetapkan Gaji Minimum...

PETALING JAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kerajaan Pakatan Harapan menghadapi kesukaran...

Rakyat Mual Konspirasi Seks...

1. RAKYAT Malaysia digegarkan pada bulan lepas dengan pelbagai klip video seks luar...

MAF Ingin Bentuk Program...

KUALA LUMPUR - Kagum dengan pemecahan rekod dan kutipan emas yang dilakukan atlet...

31 Mei Keputusan Kes Saman Mukhriz & Tunku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Mei untuk keputusan kes saman Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terhadap bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dua kenyataan yang mendakwa bekas menteri besar Kedah itu dijanjikan jawatan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu ketika kes saman berkenaan ditetapkan untuk klarifikasi dengan dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz dan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili Abdul Aziz.

Hakim turut memberikan masa tiga minggu untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan balasan jika ada.

Mohamed Haniff ketika ditemui pemberita berkata antara hujahan bertulisnya ialah defendan (Abdul Aziz) sememangnya mempunyai niat ketika mengeluarkan kenyataan terhadap Mukhriz.

Jahaberdeen pula berkata kenyataan yang dikeluarkan Abdul Aziz tidak merujuk kepada Mukhriz kerana ia hanya merupakan pendapat dan analisis terhadap perkembangan politik membabitkan pakatan sulit antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kenyataan itu tidak ada kena-mengena dengan plaintif (Mukhriz) dan tidak merujuk kepadanya serta tidak memfitnah plaintif,” katanya.


Pada 7 Feb 2017, Mukhriz memfailkan saman dengan mendakwa pada 30 Dis 2016, defendan telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ yang dilaporkan dalam blog AIDCNews.

Beliau mendakwa, pada 1 Jan 2017, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu dan sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Bagaimanapun, pada 3 Jan 2017, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah’. – BERNAMA

Kategori