Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerjasama KKM-UM Gandakan Pakar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menggandakan pakar...

Wanita Mengandung Digilis, Bayi...

TRAGIS! Itu perkataan yang boleh dikatakan bagi menggambarkan betapa tragiknya kematian seorang wanita...

Misi TGNA Laksana Hudud...

Walaupun disanggah oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, namun PAS akan tetap meneruskan perjuangannya...

Pembantu Warden Pukul Pelajar...

KOTA TINGGI - Seorang pembantu warden asrama madrasah tahfiz swasta di sini, direman...

38 Buah Rumah, Sekolah Musnah Dilanda Ribut

KANGAR – Kejadian ribut yang melanda di wilayah ini petang semalam telah menyebabkan sebanyak 38 buah rumah dan sebuah sekolah menengah telah rosak teruk.

Ribut kuat yang membawa hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu telah mengakibatkan kebanyakan bumbung rumah penduduk yang terjejas diterbangkan angin kancang.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) antara kawasan penduduk yang paling teruk terjejas adalah di Kampung (Kg.) Tambun Tulang yang melibatkan 16 buah rumah diikuti Kg. Padang Tengah (lima) dan Kg. Telok (dua).

Turut terlibat dalam ribut tersebut termasuklah Kg. Padang Besar Selatan; Kg. Peladang; Kg. Banat; Kg. Alor Ara; Kg. Surau; Kg. Baru; Kg. Seri Gelam; Kg. Behor Mempelam; Kg. Tebuk, Kg. Sungai Baru dan Kg. Sungai Berembang, Kg. Chemumar dan Kg. Kg. Bohor Mentalon.

Manakala sebuah sekolah yang terlibat dalam bencana alam itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ahmad di Tambung Tulang.

“Pihak APM negeri sudah turun padang membantu mereka yang terjejas dalam kejadian itu.


“Kita belum membuka pusat pemindahan sementara tetapi jika ada keperluan, pihak APM akan bertindak,” katanya pada Berita Harian.

Setakat ini belum ada lagi laporan yang membabitkan kemalangan jiwa akibat ribut berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut turun padang semalam, bagi menghulurkan bantuan segera selain memberi jaminan bahawa rumah-rumah penduduk yang terjejas akan diperbaiki dengan kadar segera. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori