DAHULU kerusi Parlimen ini dikenali sebagai Serdang namun selepas proses persempadanan semula, ia dinamakan sebagai Bangi dan merupakan kawasan paling ramai pengundi di Malaysia!
Uniknya dengan rekod pemilih berdaftar tertinggi negara ini, kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 antara Barisan Nasional (BN), PAS, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Calon BN diwakili oleh Datuk Liew Yuen Keong manakala PAS pula ialah Mohd. Shafie Ngah, sementara calon DAP yang terpaksa bertanding menggunakan logo PKR iaitu Dr. Ong Kian Ming dan akhir sekali wakil PRM, Dennis Wan.
Suasana pendaftaran di Dewan Utama Demesme, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat tenang, malah, tiada calon yang ditolak permohonan seperti yang diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Datuk Rosli Othman.
Ironinya, Kian Ming merupakan penyandang kerusi tersebut semasa dikenali sebagai Serdang dan secara kebetulan Mohd. Shafie ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi yang kini dinamakan sebagai kerusi Sungai Ramal.
Parlimen P.102 Bangi ada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kajang, Sungai Ramal dan Balakong.Ā Susulan persempadanan semula, ia mempunyai pertambahan kepada 178,790 pengundi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA