Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelabuhan Di Seluruh Negara...

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyasar semua negeri yang...

Samsung Lancar Edisi Terbaharu...

KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini melancarkan telefon pintar Samsung...

Dokumen Bubar DUN Sabah...

TAWAU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali...

Nor Hisham Dilantik Datuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya , Datuk Nor...

5 Cara Mengawal Dan Melawan Kesunyian

RAMAI orang pernah dilanda kesunyian, keadaan yang melibatkan ketiadaan hubungan atau keterasingan, kesukaran untuk berkomunikasi atau keadaan keseorangan yang biasanya berpanjangan.

Biasanya, kesunyian ini diiringi atau disusuli dengan keresahan dan kemurungan, yang akan terus menjerumuskan mangsanya dalam penderitaan.

Selain masalah hubungan, kesunyian juga berkait dengan perasaan yang menyumbang kepada keadaan ini, seperti pesimis, rendah diri, malu dan sebagainya.

Kesunyian ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau diatasi langsung. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasinya.

1. Jangan Asingkan Diri

Jangan sering menyendiri dan menutup komunikasi dengan orang lain. Cuba keluar dan berjumpa serta berkomunikasi dengan sesiapa.

2. Jangan Tambahkan Pemikiran Negatif

Jangan burukkan rasa rendah diri anda dengan melayan suara dalaman anda sendiri yang mengkritik diri. Bina dan tambahkan keyakinan.

3. Bercakap Dengan Orang Yang Anda Percaya

Bila berpeluang, duduklah bersama rakan atau keluarga yang anda kenal rapat dan percaya. Ini boleh membantu, sekurang-kurangnya memberi peluang anda meluahkan rasa.

4. Buang Toksik Dari Hidup Anda


Hubungan yang toksik dan merosakkan lagi diri anda perlu dibuang jauh-jauh. Individu toksik ini menyukarkan proses anda untuk berfikiran positif.

5. Aktiviti Bersama Rakan-Rakan

Biasakan aktiviti dengan rakan-rakan yang mempunyai minat dan kecenderungan sama. Aktiviti seperti kegiatan sukan atau outdoor boleh membina pandangan hidup lebih positif.

Kondisi ini biasanya tidak boleh hilang dengan segera dan memerlukan masa dan usaha anda sendiri untuk diatasi.

Kesunyian ialah sesuatu yang dialami ramai orang, dan tidak semestinya menggambarkan yang ada seorang yang negatif.

Apa yang penting ialah anda tidak memburukkan lagi keadaan dan mengambil langkah sepatutnya untuk mengawal dan melawan kesunyian. – Mynewshub.cc

Kategori