Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kereta Lan Kristal Berpusing,...

VOKALIS kumpulan Kristal, Lan dan isteri dikhabarkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya,...

Hayat Ibu Berakhir Selepas...

HAYAT seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di...

Tiada Laporan Polis Berhubung...

PUTRAJAYA - Tiada laporan polis dibuat berhubung ketidakpuasan pengguna mengenai Cukai Barang dan...

Kesenian Dan Kebudayaan Berpotensi...

KUALA LUMPUR - Kesenian dan kebudayaan merupakan industri yang menjanjikan pulangan dan berupaya...

5 Dilepas Tuduhan Sertai Perhimpunan ‘Blackout 505’

KUALA LUMPUR – Lima individu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu di perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin melepaskan Muhammad Safwan Anang, 29; Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 27; Adam Adly Abd Halim, 30; Mohamed Bukhari Mohamed Sufian, 28 dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kesemua Orang Kena Saman (OKS) di akhir kes pembelaan.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari, pada 22 Jun 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nuraini Mohd Nor manakala Muhammad Safwan, Ekhsan Bukharee, Adam Adly, Mohamed Bukhari diwakili peguam Eric Paulsen manakala Khairul Anuar diwakili peguam A. Jeyaseelan.

Sebanyak lima saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan iaitu lima OKS dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 11 Disember 2013. -BERNAMA

Kategori