Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

7 Cabaran Untuk Tinggal...

Manusia sentiasa menyimpan impian yang besar untuk tinggal di Marikh. Lebih-lebih lagi selepas...

2 Lagi Suspek Kes...

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan...

Varian Baharu Jadikan Pandemik...

KOTA BHARU : Pandemik COVID-19 akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan...

Program Berkesan ‘Perangi’ Isu...

MELAKA - Program secara terus bagi ‘memerangi’ isu kos sara hidup yang dilaksana...

5 Kolej Komuniti Baharu Agenda TVET Lepasan SPM

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi meluluskan penubuhan lima buah kolej komuniti baharu iaitu di Bachok, Kelantan; Keningau dan Tuaran di Sabah; Kuala Selangor di Selangor serta Dungun, Terengganu.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembinaan kolej komuniti baharu itu akan membuka lebih banyak peluang pembelajaran kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian mereka.

“Penubuhan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka peluang dan akses kepada pendidikan TVET untuk masyarakat setempat serta peluang untuk pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata penawaran kursus berasaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) juga bersesuaian dengan strategi bagi menarik pelabur asing datang ke Malaysia dan ia akan membantu meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan kolej komuniti dari semasa ke semasa.

Beliau berkata kebolehpasaran graduan kolej komuniti menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus, menjadi 97.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada 2013.


Peningkatan itu adalah bukti kemajuan pendidikan kemahiran yang ditawarkan di kolej komuniti seiring dengan agenda TVET yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TVET

Kategori